Rossa dibuang sekolah hanya disebabkan suka gigit orang

Penyanyi lagu Terlanjur Cinta, Rossa pernah dibuang sekolah gara-gara suka mengigit kawan. Sikap anehnya itu membuatkan ramai yang merasa kurang senang terhadap dirinya malah ada juga yang takut didekatinya.

Tidak seperti remaja lain, Rossa dikatakan sangat nakal di sekolah dulu kerana tabiatnya yang suka menggigit rakannya tanpa sebab, dia jugs mengaku tidak tahu mengapa dia berkelakuan sebegitu dulu.

“Waktu kecil masa saya di sekolah, saya suka gigit orang. Saya akan gigit mereka sampai mereka rasa takut.”

Dibuang sekolah sebab ramai rasa terancam dengan dirinya

Rata-rata ibu bapa dan pihak sekolah berasa terancam dengan sikap nakal seorang anak perempuan pada waktu itu. Apabila sudah menginjak dewasa, sikap anehnya sudah tidak lagi wujud dalam dirinya.

“Saya hanya akan menggigit kadang-kadang sekiranya untuk suka-suka.”

Rossa dikatakan sudah lupa bila dia berhenti daripada tabiatnya itu, namun dia tetap membuat kacau dengan cara yang lain.

“Tidak ingat bila saya berhenti mengigit kawan, tapi saya masih buat kacau dengan cara yang lain.”

Kalau sekadar bergurau, tidaklah sampai dibuang sekolah. Mungkin bagi Rossa perbuatannya adalah perkara kecil namun impak kepada orang yang digigitnya itu mungkin besar.

Baca Juga: Lebih 1,000 bangunan pencakar langit, Malaysia rekod antara terbanyak di Asia

Baca Juga: ‘Geraklah ke depan sikit’, bebelan wanita tiga anak ini mengundang sindiran