Tidak suka taraf disamakan, Datuk Rosyam Nor tegur segilintir artis yang menganggap diri ‘influencer’ di media sosial hingga hilang kredibiliti sebagai anak seni kerana terlalu sibuk mengejar pengikut.
Jelas Rosyam, 55, di zaman teknologi baru in, penggunaan media sosial penting untuk menonjolkan bakat dan memperkenal diri kepada umum namun tidaaklah sehingga meletakkan diri sama ‘level’ dengan influencer.
“Saya hairan ada ramai artis yang melambakkan diri setaraf dengan pempengaruh dan instafamous. Bukan semua tetapi ada.
“Mereka (pempengaruh) adalah selebriti dunia baharu, tetapi kita sebagai anak seni perlu menjaga kredibiliti supaya dihormati. Gunakan status anak seni di lorong yang betul,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Guna media sosial sebagai punca pendapatan semasa pandemik
Dalam pada itu, Rosyam berkata, dia memahami segelintir anak seni terpaksa menggunakan media sosial semaksima mungkin sebagai mata pencarian terutama ketika fasa pandemik berlaku.
Namun jelasnya, biarlah penggunaan itu kena pada cara dan tidak ‘mencemarkan’ nama baik industri seni ini.
“Boleh sahaja menggunakan media sosial, tetapi kita harus tahu content bagaimana mahu diketengahkan. Sekarang, segala-galanya dipaparkan di media sosial. Mungkin 90 peratus kehidupan anda ditayang secara umum.
“Hilang sudah nilai eksklusiviti. Tidak seharusnya itu berlaku. Popular, followers ramai itu penting. Tidak dinafikan tetapi biarlah ada kelasnya,” katanya.
Baca Juga: Sistem saliran punca banjir kilat
Baca Juga: Festival minum arak tidak membudayakan gaya hidup sihat, lebih banyak kesan buruk