Sistem saliran punca banjir kilat

  • Post author:

Sistem saliran punca banjir kilat. Hujan yang dikatan turun dengan lebat melebihi satu jam itu telah menyebabkan 10 kediaman di Taman Bersatu, Jalan Kuala Kedah dinaik air malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, kejadian banjir dilaporkan berlaku pada 10.05 malam lapor Harian Metro.

Beliau berkata, anggotanya kemudian membuat pemantauan di lokasi yang terjejas untuk memastikan penduduk dalam keadaan selamat.

“Banjir kilat berlaku disebabkan masalah sistem saliran yang kurang sempurna di kawasan itu.

“Bagaimanapun tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di situ memandangkan paras air semakin surut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca Juga: Wanita jumpa jodoh ketika raikan majlis penceraian sendiri

Baca Juga: Najib ikrar aset RM4.49 juta kepada mahkamah, ini senarai apa yang dimilikinya