Pelakon senior iaitu Ellie Suriaty bertindak menegur rakan artis lain iaitu kakak kepada Ruhainies, Risteena Munim yang disifatkannya tidak beradap.
Ia susulan adik kepada aktres berkenaan didapati telah melakukan pengkhianatan terhadap kawan baiknya sendiri.
“Tak manis, tak beradab. Berkawan baik dengan isterinya tapi bawa balik suami kawan baik itu ke rumah berkali-kali,” katanya.
Pelakon tersebut turut menyifatkan sifat negatif yang dimiliki Ruhainies adalah tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang sahabat.
“Kawan baik tu langsung tak tahu apa-apa. Itulah bentuk pengkhianatan dan kecurangan yang zalim dari seorang kawan baik. Nak saman?” soalnya.
Ellie turut menjawab soalan yang diajukan oleh netizen iaitu sebagai seorang anak seni mereka mempunyai batas pergaulan lebih lebih lagi bersama dengan suami orang.
“Selalunya kami yang bekerja dalam industri kreatif ini, kita jaga ruang dengan rakan lakon terutamanya suami orang… Lebih-lebih lagi pelakon lelaki itu suami kawan baik sendiri… Siapa pula yang ajar nak kena ‘berlakon’ kononnya nak kena feel lebih antara dua hero dan heroin?
“Yang feel terlebih tu diri sendiri. Tuntutan watak boleh sahaja panggil ‘kau aku’ tapi bila kamera roll watak yang berperanan, bukan personaliti diri kita yang menguasai watak itu.
“Kalau diri kita yang berperanan, maka watak itu tidak menjadi… yang jadi adalah layan cinta lokasi tapi watak kelaut. Saya seorang guru lakonan,” jelasnya.
Sebelum ini, Ruhainies dan Aliff Aziz didakwa ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Mereka turut dilepaskan atas jaminan pada hari yang sama.
Baca juga: Kecik kecik cili padi! Budak tadika bagi rakan sekelas jongkong emas, gelar ia ‘hadiah pertunangan’