Rupanya ada sebab tak boleh pakai minyak wangi semasa hiking, boleh tarik perhatian makhluk halus

Rupanya ada sebab tak boleh pakai minyak wangi semasa hiking kerana difahamkan wangian boleh menarik perhatian makhluk halus di hutan.

Setiap kali masuk hutan pasti ada sahaja tips dan pantang larang yang tidak boleh dilakukan. Kaki hiking yang biasa mendaki gunung pastinya sudah maklum dengan pantang larang tersebut.

Untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, anda perlu tahu satu tip penting ini seperti yang dikongsikan seorang pemuda di laman TikTok.

Tak boleh pakai minyak wangi semasa mendaki

tips mendaki

Bagi yang baru cuba untuk mendaki, mungkin tips yang dikongsikan oleh @apengslowcuber di TikTok ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Katanya, bila nak mendaki ni tak boleh pakai minyak wangi. Kenapa?

Rupanya ini sebab tak boleh pakai minyak wangi ketika mendaki

1. Mudah didekati serangga

Di dalam hutan semestinya akan ada banyak serangga kecil seperti nyamuk, semut dan sebagainya. Boleh stress jika serangga kecil mengganggu kita semasa tengah mendaki.

Salah satu sebabnya serangga ini datang adalah kerana mereka tertarik dengan bauan pada badan kita. Maksudnya lagi wangi sesuatu bau itu, semakin tertarik serangga kecil untuk datang dekat.

2. Ancaman binatang buas

Pemuda cari pucuk paku maut diserang binatang buas — MYKMU.NET
Bukan sahaja haiwan atau serangga kecil yang akan datang dekat dengan kita, binatang buas seperti harimau dan ular juga tidak terkecuali.

Sesetengah binatang buas yang mencium bau wangi-wangian akan menganggap kita sebagai makanan atau haiwan berlawanan jantina yang ingin mengawan. Jadi semakin wangi badan anda, semakin tinggi untuk didekati oleh bintang buas.

3. Menjadi tarikan makhluk halus

Terungkap! Ini Makhluk Misterius Berbulu dan Bau Busuk yang Teror Warga Agam - Bagian 1
Pengguna TikTok Apengslowcuber juga berkata bahawa bukan ‘benda’ yang kita boleh nampak sahaja boleh datang mendekati , ‘benda’ yang tak nampak juga akan tertarik dengan bau wangi.

Untuk mengelakkan apa-apa perkara buruk berlaku, jadi janganlah buat makhluk halus ini tertarik dengan kita melalui wangi-wangian yang dipakai.

Jadi kepada anda yang nak pergi mendaki, tak perlu lah ye pakai wangi-wangian. Bukan sahaja menarik perkara yang tak baik, bahkan akan mengganggu fokus pendaki lain. Seeloknya kita hiruplah udara segar semula jadi dalam hutan. Tak best juga kalau dalam hutan pun bau minyak wangi kita kan?

Baca juga: https://malaysiadateline.com/70-peratus-pengundi-lebih-fikir-soal-hidup-tak-sedia-pru-tahun-ini/

Baca juga: https://themalaysialife.com/sherry-seloroh-badan-memang-besar-sejak-kecil-nafi-kuruskan-badan-sebab-nak-cari-jodoh/