Bagi yang tiap-tiap hari berulang-alik ke tempat kerja pasti perasan kenapa minyak asyik berkelip walaupun dah isi minyak full.
Lagi-lagi bila dah hujung bulan pasti mencari cara supaya dapat berjimat bukan?
Tapi jika anda berfikir sejenak, faktor jarak sebenarnya bukanlah faktor utama minyak cepat habis.
Melalui perkongsian seorang TikToker yang sering berkongsi tip penjagaan kereta, @pakwee_eo, mengubah tabiat pemanduan juga dianggap sebagai salah satu tip untuk menjimatkan penggunaan minyak petrol.
1. Selepas berhenti di lampu isyarat atau bonggol, elakkan daripada menekan minyak dengan kuat sehingga mencapai RPM (Revolusi Per Minute) yang tinggi. Ini adalah satu amalan yang baik untuk mengurangkan penggunaan minyak.
2. Ketika memandu, usahakan untuk menjaga RPM dengan konsisten. Tidak perlu memandu terlalu laju, seperti mencapai 160 km/jam. Sebaliknya, cukup untuk memandu pada kelajuan yang selamat, seperti 120 km/jam, atau mengikut had kelajuan yang ditetapkan di lebuh raya.
3. Pastikan anda melakukan servis kenderaan anda pada masanya. Gunakan minyak hitam yang sesuai dengan jenis enjin anda dan pastikan angin tayar diisi dengan tekanan PSI yang betul.
4. Gunakan gear yang sesuai dengan kelajuan dan keadaan jalan. Pilih gear yang sesuai ketika memandu, terutamanya apabila berbukit atau mendatar. Menggunakan gear yang tepat boleh membantu mengoptimalkan penggunaan bahan bakar dan juga mengurangkan tekanan pada enjin.
Harap dapat membantu anda dalam mengoptimumkan penggunaan minyak kenderaan. Selamat mencuba!
Baca juga: Farid Kamil pegang perut Diana Danielle, netizen titip doa mohon ada berita gembira