Saintis China dakwa air boleh wujud di bulan

Saintis China dakwa air boleh wujud di bulan. Tanda-tanda tersebut disahkan oleh saintis-saintis China yang melakukan ujian di bumi.

Para saintis itu membuat pengesahan melalui artikel yang ditulis mereka dalam majalah Nature Communications dan diterbitkan pada minggu ini.

Saintis-saintis itu melakukan ujian berdasarkan kepada batu-batu dan tanah yang diambil oleh kapal angkasa Chang’e 5 yang mendarat di bulan pada Disember 2020.

Liu Jianjun dari Balai Cerap Astronomi Negara di Beijing berkata, peralatan Chang’e 5 mengukur kehadiran hidroksil yang juga penunjuk tentang kehadiran air.

“Dalam memproses dan mentafsir data, kami mempertimbangkan pelbagai faktor yang mungkin mempengaruhi pengukuran kami, seperti suhu permukaan bulan dan pengaruh masa nyata daripada matahari,” kata Jianjung iaitu pengarang utama artikel tersebut. – Agensi

Baca Juga: Singapura larang kanak-kanak tonton ‘Lightyear’ Disney sebab adegan ciuman dua wanita

Baca Juga: Penyelidik cadang lupus kenderaan usia 10 tahun atasi kesesakan jalan raya