Sanggup ‘berkorban’ tidur di koridor, wanita ini biar rumah dipenuhi barang terbuang..nak tutup pintu pun payah!

Seorang warga emas di Woodlands, Singapura, sanggup tidur di koridor unit apartmennya dengan beralaskan kadbod kerana rumahnya dipenuhi dengan barang-barang terbuang.

Wanita yang tinggal di blok pangsapuri 603 Woodlands Drive itu dikatakan telah bertindak demikian selama lebih daripada 10 tahun yang lalu.

Menurut jiran-jiran, wanita itu tinggal sendirian di pangsapuri itu dan seringkali dijenguk oleh saudara lelakinya yang masih hidup.

Walaupun sering kali diberi nasihat dan teguran untuk tidak meneruskan aktiviti tersebut, warga emas tersebut masih terus melakukannya.

Rumah wanita itu dalam keadaan bersepah hingga pintu pagar besi tidak dapat ditutup, menurut laporan akhbar Shin Min Daily News.

Menurut wanita tersebut, dia mengumpulkan barang-barang tersebut dari tingkat bawah dan berniat untuk menjualnya. Barang-barang tersebut termasuk pinggan mangkuk plastik, beg pakaian, kadbod, botol plastik, dan buah-buahan.

Keadaan tersebut telah mengganggu jiran-jiran yang menghadapi pelbagai masalah, termasuk halangan kepada laluan orang ramai dan tarikan haiwan perosak seperti tikus dan lipas.

Tiada maklumat yang dinyatakan sama ada pihak berkuasa telah mengambil sebarang tindakan terhadap warga emas tersebut.

Baca juga: Kutipan sangat ‘lumayan’, pengemis ini raih RM114,350 setahun buat ramai terkejut