Rezeki sekeluarga ini memang tidak disangka-sangka.
Ketika sedang asyik membersihkan sebuah rumah usang di Los Angeles, keluarga ini yang juga menjalankan servis pembersihan rumah menjumpai beberapa beg berisi jutaan duit syiling.
Setelah diperiksa, beg berkenaan masih belum dibuka dan disentuh.
“Saya dihubungi oleh beberapa pengumpul duit syiling yang pakar dalam bidang ini dan mereka mengajukan beberapa soalan kepada saya.
“Mereka tahu saya mempunyai beberapa beg berisi syiling timah atau beg dari bank yang tidak dikenali selepas video saya menjadi viral.
“Mereka menganggarkan bahawa syiling-syiling itu berusia sekurang-kurangnya 40 tahun atau lebih.
“Saya dinasihatkan untuk tidak menjual syiling-syiling tersebut sehingga situasi sebenar diketahui dengan lebih mendalam,” kata Reyes dalam satu kenyataan.
Mereka turut mendakwa syiling yang dijumpai diperbuat daripada tembaga dan bukan zink biasa.
Malahan Reyes turut mengiklankan syiling-syiling tersebut dengan harga AS$25,000 (RM115,000).
Baca juga: Satu keluarga panik! Duit RM225,000 ‘terbuang’ di pusat pengumpulan sampah