“Saya tak kawal suami”- Ulas kehadiran orang ketiga, Nabila Razali akan dedahkan jika perlu

Bergelar isteri sejak tiga minggu lalu, penyanyi Nabila Razali mengakui rasa bimbang terhadap kemungkinan kehadiran orang ketiga yang mungkin merosakkan hubungannya bersama suaminya.

Bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku, Nabila atau Nabila Mohd Razali, 31, berkata, dia akan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri sebaik mungkin demi memastikan keharmonian dalam rumah tangga yang baru dibinanya.

“Kita sebagai manusia tidak boleh lari dari kesilapan. Kita manusia selalu khilaf. Tipulah kalau kita tidak takut.

“Tetapi saya percaya dengan apa jua yg sudah dirancang Allah. Saya dengan dia (suami) pun faham antara satu sama lain. Apa yang jadi akan datang kita tidak boleh nak kawal.

“Kita hanya boleh buat sebaik mungkin dan saya nak galas tugas itu dengan baik, itu sahaja,” katanya.

Meskipun bimbang tentang kemungkinan gangguan terhadap keharmonian rumah tangga, penyanyi lagu “Peluang Kedua” itu, bagaimanapun, menyatakan bahawa dia tidak akan mengawal aktiviti media sosial suaminya, Nik Iruwan.

“Siapa yang mengenali saya, saya bukan begitu. Kita tidak boleh kawal semua benda.

“Walaupun kita kawal, tapi benda nak jadi, dia akan jadi juga. Saya harap semua doakan saya dan suami kekal hingga ke jannah,” ujarnya.

Baca juga: Ibu sanggup ‘campak’ anak 10 tahun di pusat kebajikan, alasannya sebab ‘dah nak kahwin baru’ buat netizen meradang