“Saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip (bercium) itu. Ia tidak berlaku langsung”
Meerqeen memberikan ulasan sambil menafikan dakwaan mengenai bercium dengan aktres Mimi Lana di sebuah kelab malam, seperti yang menjadi tular sebelum ini.
Meerqen, atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, menyatakan bahawa dia tidak akan terlibat dalam perkara seumpama itu bersama Mimi, yang dianggap sebagai rakan selebriti.
“Saya tak layan apa-apa yang keluar di media sosial sehingga boleh menjejaskan kerjaya saya. Ketika kontroversi itu timbul saya tiada di Kuala Lumpur pun kerana terbabit dengan sebuah penggambaran.
“Bodohlah saya jika saya melakukan hal sedemikian kerana mereka adalah sahabat saya. Sebab itu saya tak ambil peduli langsung mengenai perkara itu,” katanya.’
Meerqeen menambah bahawa dia telah berhubung dengan Syafiq Kyle melalui mesej untuk menjelaskan perkara sebenar.
“Syafiq adalah rakan saya dan kami berada dalam bidang yang sama.
“Saya sudah bercakap dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara ini. Kami sudah ada ‘man to man talk,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd yang berlangsung di Putrajaya sebentar tadi.
Dia juga lebih selesa berdiam diri dari terus berkongsi jawapan dari pihaknya kerana tahu tidak akan memuaskan semua pihak.
“Semakin lama kita dalam industri pasti akan ada orang yang tidak suka dan mahu menjatuhkan.
“Kenapa saya perlu menjawab untuk puaskan hati semua orang. Lebih baik saya berdiam. Cukuplah keluarga tahu apa yang saya buat,” jelasnya.
Terdahulu timbul dakwaan seorang aktor baharu meningkat naik bercium di kelab malam dengan seorang pelakon popular yang berstatus tunangan orang.
Baca juga: Ini rupanya resepi kek batik paling legend, manis dan lemak semua cukup!