Setiap kali kita membeli sayur-sayuran dari pasar, pasti kita lihat sayurnya amat segar dan membuak-buak keinginan ingin memasak sayur sebagai lauk sampingan.
Namun apabila tiba di rumah, sayur yang segar dilihat tadi terus berubah menjadi kurang segar dan layu malahan seperti mahu busuk pula.
Seorang TikToker wanita yang dikenali sebagai Arya Cahaya Oktavia berkongsi kaedah mudah untuk menyegarkan semula sayur yang layu dengan menggunakan kaedah osmosis.
“Sekarang saya mahu buktikan, pakai sayur bayam dan kangkung. Saya beli pagi dan menjelang petang, ia sudah layu. Jadi saya letak sayur dalam bekas, isi air.
“Kemudian masukkan ke dalam peti selama 30 minit. Jadi kita biarkan saja. Selepas 30 minit saya buka peti. Sayur bayam dan kangkung kembali segar lagi.
“Ini memang ilmu kimia yang disebut sebagai osmosis iaitu proses perpindahan molekul air dari pelarut berkepekatan rendah (air) ke larutan yang berkepekatan tinggi iaitu sayur kangkung dan bayam,” ujarnya.
Selepas sayur kembali segar, keringkannya dan masukkan ke dalam plastik yang kedap udara (airtight sealed) atau beg ziplock sebelum menyimpannya dalam peti sejuk.
Video yang dikongsi Arya turut meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.
Bagi sayur jenis buah seperti cili dan tomato, mereka juga perlu dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Sayur jenis ini amat mudah menjadi rosak jika disimpan dalam keadaan lembap.
Untuk membuat sayuran tahan lebih lama, adalah lebih baik untuk membuang tangkai atau putik pada hujung sayuran kerana biasanya ia cenderung untuk memudaratkan sayurannya jika tangkai masih terdapat.
Baca juga: Mati mati kena tipu! Jual topeng harga RM745 tapi rupanya berharga RM20.76 juta