Sebabkan cemburu, wanita mengandung 7 bulan mati ditembak

Sebabkan cemburu, wanita mengandung 7 bulan mati ditembak. Polis tidak menolak kemungkinan motif cemburu antara punca wanita mati ditembak di Kampung Repek.

Emirah Mazlan, 26, ditemukan mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

Memetik Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya sudah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan dan suspek berkenaan ada hubungan dengan mangsa.

“Ada beberapa kemungkinan motif kejadian dan salah satunya cemburu, polis akan siasat secara menyeluruh dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi.

“Suspek yang ditahan direman lima hari bermula hari ini sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mengenai pembunuhan wanita itu, Muhamad Zaki berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada mangsa ditembak di lokasi penemuan mayat atau di lokasi lain.

“Ada dua kemungkinan, (pertama) mangsa ditembak di tempat lain kemudian memandu sehingga ke lokasi penemuan mayat, atau mangsa ditembak di lokasi berkenaan.

“Polis percaya suspek menggunakan pistol separa automatik .38 berdasarkan penemuan kelongsong peluru. Jarak rumah mangsa dengan lokasi kejadian sejauh 15 kilometer sahaja,” katanya.

Baca Juga: Tergamak rogol adik kandung sehingga mengandung

Baca Juga: Arkitek kongsi contoh binaan haram yang biasa dibuat penghuni flat tapi sebenarnya tak boleh