Sedapnya! Boleh cuba buat roti canai sendiri ianya tidak keras tapi garing sampai malam

Sedapnya! Boleh cuba buat roti canai sendiri ianya tidak keras tapi garing sampai malam.

Roti canai selalunya orang cari waktu pagi ataupun malam hari. Tapi yang ini boleh makan sampai malam

Sekiranya anda ingin mencuba buat sendiri di rumah, boleh ikuti perkongsian resepi cara buat roti canai di bawah.

Resepi ini sudah tentunya lembut dan garing sehingga malam. Lebihan roti boleh disimpan di tempat sejuk dan dipanaskan bila-bila masa mengikut kesesuaian.

Jom cuba, mudah sahaja.

Bahan-bahan:

1/2 kg tepung gandum (Saya guna cap ros)
1 biji telur
2 sudu majerin
1 sudu kecil garam (Larutkan dalam air)
1/2 cawan air sejuk peti ais
2 sudu susu pekat
Cara penyediaan:

1. Tepung, majerin, susu gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Kemudian masukkan air garam dan telur.

3. Masukkan juga sedikit demi sedikit air sehingga doh tidak melekat dekat tangan.

4. Bulat-bulatkan dan rendam di dalam minyak selama 2 jam lebih.

5. Kemudian canaikan dan sedia untuk dimasak.

Sedia untuk dimakan. Cicah bersama kari dan sardin, sudah tentunya lebih sedap.

Selamat mencuba!

Baca juga: Syarikat Singapura tawar gaji RM17,666 untuk pemandu bas, 450 warga tempatan selebihnya dari Malaysia