Selalu kena senggugut semasa datang bulan, ini 6 cara untuk elaknya. Kitaran haid adalah normal buat semua wanita yang sudah baligh namun tidak semua yang mengalami senggugut.
Haid juga boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut serta sakit kepala bagi kebanyakan wanita.
Selain berasa sakit di bahagian bawah perut (suprapubic), ramai wanita mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian tengah pinggang yang disebut lower back pain.
Ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan darah haid dan akan hilang selepas beberapa hari.
Namun, ia tidak mendatangkan bahaya dan bukan tanda-tanda sebarang masalah besar.
Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya;
- Melakukan senaman ringan.
- Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yang kuat.
- Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat serta mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium.
- Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter dalam sehari.
- Boleh tuam menggunakan beg plastik atau kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.
- Boleh juga mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol. Jika tidak berkesan, boleh gunakan penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen, beberapa hari sebelum kedatangan haid.
Andai kata senggugut anda terlalu sakit sehingga menggangu amalan rutin harian anda, boleh segera berjumpa doktor sakit puan. Bimbang ada penyakit yang menyebabkan senggugut itu lebih kuat.
Baca Juga: Majikan Malaysia antara yang paling kedekut di Asia Tenggara
Baca Juga: SPRM perlu dedahkan kementerian mana lakukan rasuah dalam pembelian perubatan sepanjang pandemik