Selalu rasa rezeki sempit? Ustazah ini ajar amalan untuk menarik rezeki

Ustazah kongsi amalan yang boleh menarik rezeki, lakukan amalan ini dengan izinNya melimpah ruah. Biasa kita katakan dalam mendapatkan rezeki untuk keluarga kita perlu ‘mencari’, untuk itu memang kita rasakan perlu kerja keras untuk mendapatkannya. Seperti ia seakan kita perlu mencari sesuatu benda yang hilang. Memang sukar!

Namun apabila ‘mencari’ digantikan dengan kaedah ‘menjemput’, nyata rezeki adalah lebih mudah untuk diperolehi. Ini kerana kita faham satu-satunya pemberi rezeki hanyalah Allah.

Untuk itu, selain kita berusaha jangan pernah tinggal untuk lakukan amalan-amalan yang dapat untuk kita ‘menjemput’ rezeki.

Nak tahu apakah amalan tersebut ikuti perkongsian usrah daripada Ustazah Rohamiah Muda.

Antara perkongsian saya pada usrah bersama pelajar saya malam semalam ada tentang menarik dan menjemput rezeki.

Rezeki kita adalah urusan Allah. Kita rapatkan hubungan dengan Dia, pasti Dia memberi sesuatu yang tidak kita jangka.

Antara amalan yang boleh menarik rezeki adalah seperti berikut:

1.Solat di awal waktu. Masuk waktu saja terus solat walaupun sedang sibuk.

2. Melakukan solat malam seperti solat sunat Tahajjud, solat sunat Taubat, Witir dan sebagainya.

3. Istiqamah melakukan solat sunat Dhuha.

4. Sentiasa berzikir. Ingat Allah.

5. Banyakkan doa.

6. Selalu doakan orang lain dalam keadaan mereka tidak tahu kita mendoakan mereka.

7. Istiqamah bersedekah.

8. Banyakkan baca al-Quran.

9. Sentiasa zikir dengan Asma’ul Husna.

10. Selalu bersyukur dengan rezeki daripada Allah.

11. Berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki.

12. Selalu beristighfar. Kadang rezeki sempit kerana dosa kita sendiri.

13. Rezeki datang kerana kita’ rapatkan hubungan silaturrahim.

14. Rezeki datang kerana berkahwin.

15. Rezeki hadir kerana anak-anak.

16. Rezeki hadir kerana keberkatan waktu pagi.

Subhanallah.

Jika kita lihat, rezeki hadir bukan kerana usaha kita tetapi kerana amalan kita. Rapatkan hubungan dengan Allah, Insya-Allah rezeki pasti melimpah-ruah.

Banyakkan amalan rohani. Hidup kita terasa aman kerana jiwa tenang.

Baca juga: “Terima kasih Go Shop selalu teman mak saya,” netizen tumpang sedih, Astro Go Shop bakal ditutup selama-lamanya pada 11 Oktober 2023

arrow_left sharing button