Senarai ‘kurma berdarah’ ini jangan dimakan, semak label di kotak dulu, ini cara nak tahu dan buat aduan

Ramadan ini kita kena pastikan tidak dicemari dengan menjamah ‘kurma berdarah’ yang diimport dari Israel.

Masyarakat Islam di negara ini perlu semak label dan maklumat di kotak bungkusan dan segera buat aduan jika produk kurma itu mencurigakan.

Lihat kod bar di kotak produk sebelum anda membeli. Jika bermula dengan 729 dan 871 sila tularkan di media sosial ingatkan orang ramai jangan beli.

Israel licik apabila menukar kod bar untuk mengelakkan produk mereka kena boikot.

Mengikut peraturan di negara kita, sebarang produk dari Israel ke Malaysia perlu mendapat permit khas daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Oleh sebab itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat.

Pada hari pertama umat Islam di negara ini berpuasa, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas 73 pek kurma ‘Organic Jumbo Medjool Dates’.

Hasil semakan JKDM mendapati kurma terbabit dibawa masuk secara pukal bersama barang makanan lain dari negara Eropah pada 2022 dan diisytiharkan sebagai ‘Food Stuff’ (bahan makanan).

Ia kemudian dibungkus semula untuk dijual dalam pasaran tempatan pada harga sekitar RM20 hingga RM30 setiap pek.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, iaitu menyimpan/memiliki barangan larangan.

Produk dari Israel itu dirampas dalam serbuan ke atas sebuah gudang di Klang.

Semakan mendapati syarikat tempatan di Klang itu ialah Syarikat Matahari Sdn Bhd.

Maklumat dari platform kerjaya, LinkedIn pula menyatakan:

“Matahari Sdn Bhd ialah pengimport, pemborong, peruncit & pengedar produk organik dan semula jadi yang dipercayai dan mempunyai reputasi tinggi di Malaysia.”

Kurma jenis Medjoule yang dirampas pihak Kastam itu telah diimport oleh sebuah syarikat yang terletak di Petaling Jaya iaitu MH FOOD ORGANIC SDN BHD yang merupakan anak syarikat yang dimiliki MATAHARI SDN BHD.

Awas, syarikat tersebut telah menggunakan kod bar produk keluaran Malaysia tetapi masih tertera produk keluaran Israel.

Mengapa rakyat Malaysia wajib boikot kurma dari Israel?

Kekejaman dan genosid oleh Zionis Israel ke atas penduduk Palestin sudah mengorbankan lebih 31,000 nyawa.

Ribuan lagi rakyat Palestin hilang dalam runtuhan bangunan yang dimusnahkan pengganas.

Itu sebabnya, masyarakat di negara ini termasuk bukan Muslim pun perlu memboikot jenama kurma yang berkaitan negara haram dan pembunuh tersebut.

Tindakan mengimport dan membeli kurma dari Israel secara tidak langsung juga menyokong pembunuhan besar-besaran dilakukan oleh Zionis.

Ini antara 24 senarai jenama kurma dari Israel yang WAJIB diharamkan masuk ke rumah anda!

  1. Anna and Sarah
  2. Bahri
  3. Bomaja
  4. Bonbierra
  5. Carmel Agrexco
  6. Delilah
  7. Desert Diamond
  8. Fancy Medjoul
  9. Food to Live
  10. Hadiklaim
  11. Jordan Plains
  12. Jordan River
  13. Kalahari
  14. Karsten Farms
  15. King Medjool
  16. King Solomon
  17. Medjool Plus
  18. Mehadrin
  19. NavaFresh
  20. Paradise Dates
  21. Premium Medjoul
  22. Rapunzel
  23. Red Sea
  24. Royal Treasure
  25. Shams
  26. Sincerely Nuts
  27. Star Dates
  28. Tamara Barhi
  29. Urban Platter
  30. Waitrose

BACA JUGA Didakwa beri pengiktirafan pakej ‘kahwin di Siam’, ini amaran keras dari JAKIM