Sepatutnya awal-awal lagi buat macam tu, warga KL pun nak merasa tinggal di tanah air sendiri

Sepatutnya awal-awal lagi buat macam itu yang mana Dewan Bandarya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj terhadap penumpang bukan warganegara yang menggunakan perkhidmatan Bas GoKL.

Bahkan warganegara tidak dikenakan bayaran sama juga warga Kuala Lumpur seolah olah tidak merasai seperti dianak tirikan.

caj ini akan dilaksanakan secara berperingkat serta melibatkan empat jenis laluan di sekitar pusat bandar antaranya, laluan yang terlibat adalah Laluan 01 (Hijau), Laluan 02 (Ungu), Laluan 03 (Merah) dan Laluan 04 (Biru).

Manakala, transaksi pembayaran dalam dalam mod tanpa tunai iaitu sama ada menggunakan kad Touch ‘n Go, kod QR, kad kredit ataupun kad debit.

Bagi warganagera Malaysia pula, penumpang dikehendaki untuk menggunakan kad MyKad ketika melakukan transaksi pembayaran.

Penumpang turut diminta untuk mendaftar kad MyKad terlebih dahulu bagi menikmati perkhidmatan GoKL secara percuma.

“Manakala, bagi warganegara Malaysia yang menggunakan MyKad mempunyai sistem Touch ‘n Go, adalah dikehendaki membuat pendaftaran Mykad tersebut bagi menikmati perkhidmatan percuma.”

Selain itu, DBKL memaklumkan bahawa perkhidmatan bas GoKL adalah percuma bagi semua kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

Menerusi notis berkenaan, kaunter pendaftaran bagi penumpang warganagera Malaysia akan mula dibuka pada 1 Disember 2023.

Kaunter pendaftaran ini akan dibuka di tiga lokasi iaitu hentian bas KLCC, hentian akhir Titiwangsa (Pekeliling) dan hentian akhir Pasar Seni.

Manakala, kaunter pendaftaran untuk lokasi keempat iaitu lobi Menara DBKL 1 akan dibuka bermula 6 Disember 2023.

Waktu operasi bagi lokasi keempat akan bermula pada 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disambung semula pada 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Pada akhir kenyataan, DBKL memaklumkan orang ramai bahawa segala pertanyaan boleh diajukan menerusi emel di [email protected].

Orang ramai juga boleh mengajukan soalan menerusi panggilan telefon pada talian 03-2028 2314.

Baca juga: Disangka seorang pengemis kerana tidak waras, sebenarnya lelaki ini seorang jutawan Kuala Lumpur