Shiha Zikir diserang anxiety ketika sedang bersiap bagi menghadiri acara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021), Ahad lalu.
Anxiety atau kecelaruan keresahan adalah kemunculan rasa takut atau gelisah ang berlebihan secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas.
Keadaan ini boleh berlaku selama beberapa minit hingga setengah jam, serangan ini akan bermula dengan denyutan jantung yang bertambah cepat, kesukaran bernafas, pening dan rasa gementar.
Menurut Harian Metro, Shiha, 35, mengakui kurang selesa setiap kali terkena serangan itu dan mengambil pendekatan untuk menitik beratkan kesihatan mentalnya dengan tidak mengendahkan kecaman yang sering dilemparkan terhadapnya.
“Saya tidak boleh bernafas kerana terkena anxiety attack ketika sedang bersiap hendak ke AME2021. Apabila saya menarik nafas dalam seperti tersekat, itu menandakan serangan sudah bermula.
“Semestinya saya kurang selesa dengan keadaan itu kerana memberi kesan terhadap pernafasan dan boleh memberikan kesan negatif terhadap kesihatan.
“Oleh itu, saya mengambil pendekatan untuk tidak membiarkan kecaman dan kata-kata negatif mengawal diri. Apa yang saya dapat jika menjawab atau membalas mereka,” katanya.
Baca Juga: Influencer Malaysia buat hal, tak pakai bra di Galeri Nasional
Baca Juga: Orang ramai minta sediakan parkir khas selepas polis keluar saman di highway New Zealand