‘Siap tutup muka, paling biadap’- Wanita ini kongsi pendatang asing tak dapat duit sedekah daripada orang ramai

Lambakan pendatang asing meminta sedekah pada hari ini menyebabkan orang ramai rasa kurang selesa dan kurang selamat apabila berada di kawasan awam

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok, @mrs.nnb berkongsi rakaman di mana pendatang asing bersikap kurang ajar dan kasar apabila orang ramai tidak menghulurkan duit ketika mereka meminta sedekah.

@mrs.nnb

Replying to @Mrs.NN ᥫ᭡ SIAP TUTUP MUKA & PALING BIADAP DIA TOLAK KERUSI KEDAI FAMILY AKU! MCM MCM PUAK DIA NI MASUK!

Mereka mengeluarkan kata-kata kesat sekiranya tidak mendapat duit daripada orang ramai. Bahkan ada yang cuba merosakkan harta benda.

Netizen menyatakan rasa kurang senang apabila makan di tempat awam kerana mereka (pendatang asing) akan datang cuba menggunakan pelbagai taktik bagi mendapat wang. Antaranya dengan menjual tisu, membawa pasangan cacat tubuh badan dan membawa kanak-kanak atau bayi kecil.

Tambah netizen lagi, daripada memberi sedekah kepada mereka, lebih baik berikan kepada masjid atau surau yang lebih meyakinkan.

Satu video lain menunjukkan sindiket kutip derma pendatang asing ini dihantar pulang ke hotel selepas selesai membuat ‘kerja’ mereka.

Dalam pada itu, orang ramai menyeru agar pihak kerajaan dan pihak berwajib dapat menjalankan tanggungjawab membanteras lambakan pendatang asing dengan kadar segera.

Ini kerana mereka dapat mengancam keselamatan dan kesejahteraan orang ramai jika dibiarkan mereka berleluasa.

Baca juga: “Dulu saya sanggup terima selipar Jepun sebagai mas kahwin sebab kesiankan suami tak mampu, hari ini dia curang dengan saya..”

Baca Artikel Penuh