Kehidupan suami isteri ini ada kalanya menimbulkan perselisihan faham yang teruk hingga mengakibatkan pergaduhan.
Kerana itu perlunya toleransi yang tinggi serta rasa tanggungjawab supaya rumahtangga tidak mudah goyang ditiup dek angin lalu.
Seperti wanita ini, dia menceritakan kehidupannya yang ibarat lebih baik hidup sendiri dari perlu berkahwin dengan lelaki yang sangat kedekut.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku Milah umur awal 40-an dan ada anak 5 orang. Ni perkahwinan aku yang kedua, dapat la anak sorang yang last tu (inshaaAllah). Hasil yang pertama dapat anak 4 orang.
Aku cerai dulu sebab bekas laki aku tersangat la baran, silap sikit kaki tangan semua turun, pastu kata aku kena pukul dengan dia untuk bagi aku ni pengajaran, ehhhh ko ingat aku ni tak betul ke apa. Lepas cerai tau plak gila talak, sory noxx mak tak hamak. Yang aku nak story ni pasal laki aku yang sekarang.
Aku kahwin dengan bujang tua yang mana kononnya selalu dapat awek tak matang dan nak kikis dia je, aku pun iye kan aje la kan. Masa dia ajak aku kahwin, aku ada bagitahu dia kalau aku kena jaga anak – anak aku boleh ke?
Masa ni hak jagaan aku bagi kat bekas suami sebab syarat dia bagi, kalau aku nak cerai, anak-anak kena bagi dia, bukan tak sayang anak tapi mengenang s4kit hidup dengan dia tu aku setuju. Laki aku yang sekarang ni mula-mula dia ok je, tapi lepas 5 tahun kahwin ditakdirkan aku dah kukuh sikit, jadi anak – anak aku ambik balik dan tukar hak jagaan kat aku balik (memang leceh tapi demi masa depan).
Minggu pertama anak-anak aku duduk dengan aku nampak dah laki aku ni tak selesa tapi mengenang kan dia kerja balik lewat malam, jadi anak yang last sampai pengasuh sampai 7 pm je. Aku sampai rumah dekat jam 9 pm, nak bayar pengasuh upah lebih laki aku jenis berkira oiii, amat berkira.
Aku bagitau kebaikan anak-anak aku ada dengan aku, dia setuju. Laki aku ni hidup dia memang cukup kedekut dan berkira, kadang-kadang aku rasa dia lupa dia dah kahwin. Beli games mahal – mahal ada duit pastu suruh aku jimat jangan minta apa apa.
Hello abang, nak belikan aku pakaian dalam pun sebulan rungutan dia. Sepanjang aku kahwin dah dekat 6 tahun ni, hanya 2 kali je perubatan aku dia tanggung, lain – lain memang tak payah cakap memang out. Aku seolah dah diajar berdikari beli apa apa sendiri, jangan sesekali mintak dia (alhamdulillah rezeki aku murah je).
Aku tak boleh nak merajuk ke, menangis ke, mengenang nasib ke sebab dia tak layan, buang masa je. Bab anak-anak aku plak memang 100% aku tanggung yang 4 orang tu, bekas suami sesen pun tak bagi pape, aku malas nak bertekak.
Sekarang ni m4kin hari, laki aku m4kin teruk sikap kedekut dia. Semua benda dia nak cut sebab bil api m4kin naik. Dah hari – hari demand nak tidur dalam ekon memang la, pastu salahkan anak-anak aku pakai lampu. Aku tak nak tolong apa pun bab rumah, cukup la aku kena tanggung dia masa pkp tu sampai hutang kad kredit aku melambak tak sesen pun dia tolong walau janji seribu alasan.
Tah la, aku penat tiap hari benda sama, kadang-kadang anak-anak aku selalu je kata, “mama sabar sikit je, kami dah besar kami senangkan mama””. Sebab apa? Sebab laki aku selalu merungut depan anak-anak. Kadang-kadang dia selalu kata bukan d4rah daging aku. Macam la datang dari keturunan yang baik – baik.
Untuk pengetahuan korang, dia kedekut dengan aku je, dengan family belah dia kemain murah hati. Pasal tu bila dia takda duit sejak dah kerja ni, aku buat tak reti je. Berapa kali merungut tak ada duit nak makan la apa la, aku offer pinjam duit aku pastu bayar tak nak pulak.
Zaman murah hati kat laki berakhir dah, aku dah malas layan drama dia. Kalau kena masa dia nak belanja makan kat luar disuruh kami berjimat – jimat, bila giliran aku kena belanja (kebiasaan sebulan sekali) dia order macam-macam untuk tekak dia.
Bila dia dah macam tu sekarang aku pandai dah, aku kira bajet, lebih dari bajet tambah duit sendiri, alhamdulillah ada gak otak dia. Jenis laki aku ni suka buli bini, atau kata kak ipar, dia jenis muka tak malu, suka dibelanja tak nak membelanja.
Masa bercuti cam tu jugak, 90% duit aku, lagi 10% je dia keluar duit, tu pun tak malu nak suruh aku tambah lagi. Berapa kali dah dia buat macam ni. Kadang-kadang aku fikir kalau aku tak kahwin dengan dia takde aku str3ss.
Tu belum cakap pasal tanggungjawab, sampai esok tak habis aku menaip story. Aku dah bijak, kalau nak makan luar tunggu masa aku cuti dan masa tu laki aku keje, puas aku bawak anak – anak makan dia takde. Bukan tak nak tolong dia bab rumah, tapi aku kena bayar hutang yang melambak tu, lagi plak beras, telur, bahan basah aku beli. Kalau aku s4kit, ingat laki aku kisah ke?
Dia tak pernah tanya wehh, seolah nanti bakal menyusahkan dia. Aku s4kit tengah malam bangun drive sendiri, baik takde laki kan. Kadang-kadang nak minta hantar pergi kerja pun merungut padahal jarak 15 minit je dari rumah.
Entah la sekarang ni aku hanya mampu sabar sampai aku mampu nak sewa rumah sendiri, dip4ksa dan terp4ksa. Sekarang ni m4kin la laki mendongak langit sebab nak dapat harta faraid arw4h bapak dia, terasa nak jadi orang kaya dah lagak dia. Mula menekan aku supaya aku tak tahan pastu minta cerai.
Bekas suami aku bisnesman duit kepuk (tapi kedekut), jadi aku tak heran walau aku sekarang ni hidup cukup makan sebab aku tau permainan duit ni kalau tak digunakan dengan cara betul. Bila ingat balik rasa menyesal sangat tolong laki aku masa pkp 2 tahun dia tak kerja tu, sumpah aku rasa tak ikhlas dan tak redha langsung bila hak aku tak ditunaikan.
Doakan aku ye semoga aku dimurah kan lagi rezeki dan nikmat berpanjangan, nanti ada masa aku story pasal hidup aku yang penuh duka masa aku kecik – kecik. – Milah (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Ambil masa 3-4 minit sebelum berbuka, rupanya antara waktu mustajab berdoa