“Suami aku selalu buang puntung rokok merata, aku geram sangat aku kutip semua letak dalam beg kerja dia…”

Hidup berumahtangga memerlukan tolak ansur namun, keadaan akan menjadi jika hanya sebelah pihak yang menguruskan banyak benda dan sebelah pihak lagi buat tidak peduli.

Assalamualaikum korang. Nama aku Zira (bukan nama sebenar), berumur 29 tahun ada dua anak perempuan umur 6 tahun dan 2 tahun. Aku rasa aku burn out giIa jadi isteri yang bekerja dan surirumah. Sabar jangan judge dulu silakan dengar cerita aku dulu, haha.

Suami aku ni bekerja tapi shift petang (4pm-12am). Tapi dia kerja jauh, perjalanan je 1 jam setengah. So dia akan gerak pergi kerja pukuI 2:30pm dan akan sampai rumah pada 1:30am-2:00am kalau tak jammed. Suami aku ni kerja seberang tambak.

Aku pula kerja sebagai HR Isnin-Jumaat 8pagi-5petang. Jadi bila aku pergi kerja suami aku tidur, aku balik kerja suami aku dah tak ada kat rumah dah gerak pergi kerja. Aku penat sangat sebab suami aku ni bagi dia, dia dah kerja malam dan perjalanan dia sangat panjang, waktu siang dia perIukan rehat dan tidur yang cukup.

Aku faham je benda tu tapiiiii ada tapi ya, tapi tolonglah aku buat kerja rumah jugak. Aku penat weh buat semua benda sorang. Aku bangun pagi-pagi dalam pukuI 5:30 pagi dah kena masak untuk bekal aku dan anak-anak.

Kena masak lah sebab nanti suami aku nak pergi kerja dah ada makanan. Dia cakap dia beli barang dapur so aku kenalah masak. Lepastu aku nak kena siapkan anak aku yang 4 tahun tu pergi tadika, nak tukarkan pampers adik dia lagi. Aku rasa aku macam nak terkejar kejar.

Aku tak boleh bangun lagi awal sebab malam tu aku akan kerap terjaga sebab anak-anak. Lagi lah kalau diorang tak sihat ya Allah memang patah badan aku handle sorang. Aku ni pulak senang kena panic attack. Aku tak cakap aku ada anxiety tapi aku pernah refer doktor dan doktor cakap aku ni ada simptom panic attack.

Bila panic tu datang mula lah aku menggeletar, kadang-kadang tengah solat pun nangis sebab menggigil ketakutan, kadang-kadang buat aku susah nak tidur. Aku memang tak boleh lah duduk rumah malam sorang tanpa suami aku. Aku mudah takut.

Bunyi cicak pun aku dah boleh fikir bukan-bukan. Tapi suami aku cakap aku kuat drama. Kadang-kadang aku balik kerja, aku tengok tilam bekas dia membuta tu tak dikemas. Ruang tamu ada habuk-habuk biskut, ada habuk dari kipas siling.

Dekat sinki memang tak ada pinggan kotor tapi ada sisa makanan macam nasi ke tulang ayam ke tulang ikan. Plastik sampah tak dibuang elok je tengok dalam bakul sampah. Buka tudung saji tengok lauk dah habis tapi tak nak tolong basuh padahal engkau yang makan lauk tu tadi sebelum pergi kerja.

Kenapa eh tak ada common sense? Benda-benda simple tak boleh buat. Nampak barang kat lantai tak nak tolong ambil letak atas meja ke apa ke. Aku penat sebab benda-benda remeh macam ni lah. Aku taip ni pun aku penat sebab nak cerita satu satu perangai dia.

Belum masuk kisah basuh baju lagi. Aku basuh baju malam ye. So esok pagi aku akan paksa dia sidai. Tu pun jadi satu masalah bagi dia. Dia siap cadangkan aku ni berhenti kerja supaya dia tak payah buat apa-apa kerja rumah.

Lagi satu habit dia yang menyakitkan hati aku ialah dia ni hisap rokok tau tapi siap je hisap rokok dia akan buang puntung rokok tu kat luar (laman rumah). So setiap kali aku menyapu kat luar tu memang menyumpah seranah lah mulut aku sebab perangai biadap dia tu.

Dah lah hisap rokok lepas tu kurang ajar buang merata. Memang bagi aku perbuatan tu kurang ajar pun sebab dia tahu aku ni yang menyapu kat luar. Tak ada adab dekat isteri, tak ada rasa hormat kat isteri. Agaknya bagi dia alah buang jelah nanti kan bini aku sapu.

Aku pernah lah aku hilang sabar aku kutip semua puntung rokok tu aku masukkan dalam beg kerja dia. Kalau dia nak marah ke gaduh ke lantaklah janji hati aku puas. Sejenis takde common sense takkan lah setiap kali hisap rokok aku nak kena pekik suruh buang puntung rokok kat tong sampah.

Lagi satu ni dia ni pengotor ye. Dah lah pemalas tambah lagi pengotor. Aku pernah je sorokkan shave sebab aku tengok shave dia bersih tak terusik. Dia tak cari ye gaisssss. Sebulan aku sorokkan sebulan juga lah area private part dia tu tumbuh meliar.

Dan sebulan jugaklah aku sidai dia sebab aku geli kot dia tak jaga private part dia. Nak tunggu aku ugut dulu baru dia nak clearkan. Selekeh. Kesimpulannya aku ni dah penat dengan perangai suami aku ni. Sampai kadang-kadang aku maki hamun dia dalam hati.

Cakap baik-baik sudah, pesan baik-baik sudah, ingatkan dengan cara baik sudah even bergaduh pun sudah. Aku ni letihhhhhh sangat. Tolonglah siapa ada pengalaman macam aku ni boleh bagi cara tak. Aku ni dah sampai tahap bosan tahap nak tengok muka dia pun aku menyampah. – Zira (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Saya tidak sikit pun terfikir dipilih jadi calon, ini kisah sebenar calon termuda PRN Melaka