“Suami aku yang beria tak nak balik tapi mentua tuduh aku yang hasut, aku dah tawar hati”

Sebaik mana sekalipun kita cuba mejaga hubungan dengan mentua, ada masanya kita akan dipersalahkan apabila anaknya sendiri ingkar arahan.

Siapa sahaja tidak terasa apabila masih dijadikan kambing hitam oleh mentua walaupun sudah 12 tahun berkahwin.

Seorang wanita Qi (bukan nama sebenar) tidak menyangka ibu mentua sering memandang rendah akan dirinya.

Di bawah adalah perkongsian tersebut.

12 tahun perkahwinan aku. Cukup buat aku tawar hati dengan mentua aku. Dari sebelum aku kahwin memang dah bagi pandangan serong pada aku dan keluarga aku. 

Ada sahaja yang tak kena. Fikir masak-masak sebelum kahwin sebab dia ni (saya) tak kerja nanti siapa nak tolong kalau suami saya susah.

Dikatakan saya jadi batu api antara suami dengan keluarga..Entah batu api dari segi apa sedangkan mereka tahu ego suami tinggi melangit.

Tak mungkin dia nak dengar kata-kata isteri dia ni. Jatuh ego suami andai dengar kata isteri. 

Di katanya keluarga saya kurang didikan agama. Perlu ke kita tunjuk kita pergi belajar mengaji. Perlu kita tunjuk kita sembahyang?

Di katanya suami saya jarang balik ke rumah mentua sebab saya yang tak izinkan. Berbuih dah saya suruh suami ke rumah mentua tapi suami bagi pelbagai alasan untuk tidak ke sana.

Masuk tahun ke sembilan perkahwinan diuji suami saya kemalangan yang menyebabkan suami saya perlu dijaga seperti budak kecil. Tak mampu memandu sendiri.

Keluarga mentua tak pernah melawat suami kemalangan

Masa suami sakit keluarga mentua langsung tak peduli suami dan tiga anak saya. Masih lagi salah saya sebab tak bawa suami ke rumah mentua sekerap yang boleh.

Sedangkan mereka tak pernah kisah pada suami dan anak-anak saya. Saya betul-betul tawar hati dengan keluarga mertua.

Tiga tahun saya jaga suami saya sakit, masih tak cukup ke pengorbanan saya? Tak minta dihargai pun tapi sekurangnya janganlah bersangka buruk lagi pada saya. 

Lepas ni tanggungjawab saya hanya pada suami dan anak-anak saja. Tak ada satu hari pun saya tak jaga suami dan anak-anak.

Hal lain saya serahkan pada Allah terutamanya urusan melibatkan hati. Saya tetap hantar suami dan anak-anak ke rumah mentua.

Walaupun mereka pun rasa sedih sebab saya tak ada sekali. Saya tahu anak-anak saya kesiankan saya.

Anak dan suami saya tahu saya kecewa, mereka saksi semua pengorbanan saya pada suami saya yang sedang sakit.

Baca juga: Didakwa beri pengiktirafan pakej ‘kahwin di Siam’, ini amaran keras dari JAKIM