“Suami sanggup bawak bini baru dia duduk serumah, alasannya sebab aku sorang je pandai masak”

Isteri mana yang tidak sedih andai suami tercinta bertindak mengahwini wanita lain dibelakang hanya kerana tidak mampu memberi zuriat?

Baru sahaja berkahwin selama 2 tahun, suami tidak mampu untuk menunggu malahan diberinya madu untuk sang isteri.

Itu yang dilalui oleh wanita ini dimana suaminya bertindak mengahwini wanita lain malahan turut bunting pelamin hingga mereka menjadikan dirinya sebagai ‘bibik’ dirumah.

Assalamualaikum min mohon hide ya. pinjam fb kawan. Saya merupakan isteri pertama dan suami saya baru je kahwin dengan isteri nombor dua dalam 3 bulan macam tu. Perkahwinan yang kedua ni terjadi dengan alasan sebab saya tak dapat bagi anak walaupun dah 2 tahun kahwin.

Entahlah samada memang masalah pada saya atau Allah belum bagi rezeki. Alhamdullilah suami saya kahwin kali ni terus lekat bunting pelamin. Kiranya memang saya la yang susah nak mengandung tu. Isteri kedua pun cakap saya mandul sebab dia terus dapat rezeki mengandung.

Baru-baru ni saya ada g4duh sikit dengan suami sebab barang saya banyak hilang sebab isteri baru dia ambik. Saya tahu tu pun bila isteri dia masuk hospital sebab ada masalah sikit sebab mengandungkan. Ada sekali tu dia minta tolong saya ambilkan barang-barang dia kat bilik sebab kitorang duduk serumah.

Alangkah terk3jutnya saya bila tengok macam-macam barang saya yang hilang tu dia sorokkan. Bila saya tanya sebelum ni, dia cakap takde, tak tahu. Jamu saya pun dia curi, barang makeup banyak jugak hilang. Macam-macam lah barang yang saya letak dekat ruang tamu atau ruang makeup saya hilang.

Dia sebenarnya pernah kantoi dengan suami saya sebab dia masuk bilik saya ambik barang – barang saya tapi suami saya tak boleh marahkan dia. Saya memang tak pernah marah atau tinggi suara. Saya bekerja memang cuti sehari je seminggu manakal isteri baru suami tu pula tak bekerja, duduk rumah je tapi apa – apa memang tak buat.

Nak masak tak pandai, memang suami suruh saya masak sebab kalau bini baru dia tu masak nanti buang je, membazir! Saya akur sebab suami suruh tapi saya ni kadang kadang penat juga kerja kan. Tapi sekarang saya tengok suami saya m4kin hari m4kin takde hati dengan isteri kedua.

Dah 2 minggu saya perasan suami tak masuk blik isteri kedua, bila saya tanya, dia dia je. Saya tak nak saya turut berdosa sebab suami tak adil kalau saya tak tegur. Tapi lepas dia kahwin ni saya kerap juga g4duh sebab barang saya hilang dan suami diam je.

Ada sekali tu saya minta cerai sebab saya tak boleh dah nak hidup macam ni. Kawan saya pun ramai cakap hidup macam ni makan hati je tapi sebab suami saya kata sebab dia nak anak, saya redha je. Semalam isteri kedua cakap dia tak suka saya, dia suruh suami pilih salah satu antara kami.

Suami pula susah nak buat pilihan, dia tanya dekat isteri kedua boleh ke dia masak, boleh ke dia kemas rumah, nak kena cuci baju, lipat baju, siapkan baju kerja suami dan bekal untuk dibawa hari – hari. Perempuan tu diam je sebab biasanya memang saya buat semua tu sebab saya sayang sangat suami saya

Saya sanggup korban hati saya ni demi tengok suami bahagian ada zuriat sendiri walaupun kadang-kadang saya tidur dengan air mata. Saya sedar saya bukan lagi cinta hati dia tapi sekarang saya tengok dia macam mula – mula kahwin, sweet sangat.

Duit gaji semua bagi saya pegang. Untuk isteri kedua, suami hanya sediakan segala keperluan tapi apa apa yang dia nak suami belikan cuma duit tak bagi sebabnya sehari je perempuan tu boleh habiskan 300 kalau bagi dia shopping.

Biasa suami bagi RM700 sebulan untuk dia, barang-barang semua dah beli kalau takde biasanya saya yang banyak topup sebab suami dah bayar rumah dan bil dalam RM1500. Gaji suami pun dalam 4k je, baki ada berapa je dekat dia. Nafkah memang takde sebab saya dah kerja.

Cuma sekarang je pelik dia bagi semua duit – duit tu tapi saya tak tahu kenape sekarang saya macam dah tawar hati dengan suami. Adakah patut saya failkan cerai. Saya nak dia fokus isteri dan anak dia nanti. Saya tahu suami pasti akan bahagia bila anak tu lahir, saya tak nak jadi orang ketiga, orang asing.

Saya ada bagitahu suami jika cerai apa-apa saya tak akan ambik atau tuntut dari dia sebab saya pun bekerja. Lagipun saya tahu, kewangan dia lepas majlis kahwin kedua ni agak susah sikit. Jadi saya tak nak apa-apa, saya hanya nakkan ketenangan.

Untuk pengetahuan pembaca, umur saya baru 25 tahun, isteri kedua berumur 37 tahun, suami pula umur 35 tahun. Saya nak minta pendapat semua, apa patut saya buat sekarang, saya dah buntu sangat. Saya tahu suami saya ada kat page ni kalau dia baca, saya harap dia fikir la masa depan dia.

Baca juga: Bank alami gangguan teknikal, pelajar ambik peluang ‘cucuk’ duit hingga RM188 Juta