Suami tak wajib carum untuk isteri, skim adalah secara sukarela – Perkeso

Suami tak wajib carum untuk isteri, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) adalah secara sukarela. Sebelum ini tular mengenai kegagalan suami untuk mencarum untuk isteri boleh dikenakan denda atau penjara yang sebenarnya adalah tidak tepat.

Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso, Izad Raya berkata, menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang sudah dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan di Dewan Rakyat semalam lapor Harian Metro.

Denda dan penjara hanya buat mereka yang setuju bayar Skim tapi gagal buat pembayaran

Pembentangan itu sudah menjelaskan bahawa suami hanya wajib membayar caruman untuk isterinya jika dia memilih untuk berbuat demikian dan perlu memaklumkan kepada Perkeso.

Dalam situasi itu katanya, ia boleh menjadi suatu kesalahan kepada suami jika gagal membayar caruman berkenaan, dan sabit kesalahan suami boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika bercerai atau suami tidak mampu, bayar caruman terbatal

“Bagaimanapun, jika pasangan berkenaan bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmennya untuk membayar caruman adalah terbatal.

“Dalam hal ini, isterinya atau suri rumah boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jika ada situasi di mana suami memilih untuk tidak membayar caruman untuk isteri atau suri rumah yang sudah tiada suami, caruman berkenaan boleh disambung oleh isteri atau suri rumah dan bayaran boleh dibuat oleh pihak ketiga juga kepada Perkeso.

Baca Juga: Tragis di hari bahagia, wanita maut terkena peluru sesat

Baca Juga: Kaum hawa pun sama kecam ‘content’ isteri biadab dengan suami, calon isi neraka