SUV Mazda CX8 harga RM200,000 boleh murah jika pelepasan cukai oleh Kementerian Kewangan

Menteri Besar dan Exco Terengganu didakwa tukar kereta baru bagaimanapun kereta itu boleh dapat harga murah jika pelepasan cukai dibuat oleh Kementerian Kewangan.

Perkara itu didakwa oleh Bekas Ketua Penerangan Umno Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar yang berkata model CX5 harganya bermula RM138,000 hingga RM174,000.

Katanya, kalau CX8 dari RM185,000 hingga RM200,000 dan ianya lebih murah jika mendapat pelepasan cukai oleh Kementerian Kewangan.

“Ada tersebar gambar-gambar kereta SUV model Mazda sama ada CX5 atau CX8, saya tak dapat mengesahkan namun ia didakwa merupakan kereta baharu untuk ahli Exco,” katanya.

Justeru, kerajaan wajar mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan SUV Mazda bagi memastikan sama ada ia merupakan keperluan mendesak yang menjadi keutamaan buat masa ini.

Jelas Wan Hakim, pembelian kenderaan baharu itu tidak menimbulkan sebarang isu sekiranya ia termaktub dalam Belanjawan 2023

Kerajaan Pas Terengganu kembali mengundang pertikaian ramai selepas tular gambar beberapa biji kereta SUV jenis Mazda yang didakwa untuk kegunaan Menteri Besar dan barisan Exco Terengganu.

Gambar yang dimuatnaik seorang pengguna Facebook itu menunjukkan kereta bernombor pendaftaran negeri Terengganu berjenama Mazda dan Kia.

Baca juga: Hujan lebat berterusan di Narathiwat, Yala rumah penduduk hanya tinggal bumbung