Baru-baru ini pemimpin dan juga ahli yang berkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tempoh reman ke atas semua 34 individu itu berakhir hari ini.
“Seramai 127 orang lagi dibebaskan dengan jaminan setelah selesai tempoh reman dan kita menasihatkan mereka untuk tampil kepada polis sekiranya memerlukan sokongan kebajikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Namun ramai tidak mengetahui apakah itu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Akta ini digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Akta tersebut telah diluluskan di Parlimen pada 17 April 2012 dan diberikan Perkenan Diraja pada 18 Jun 2012 dan diwartakan pada 22 Jun 2012.
Akta ini turut dikuatkuasakan untuk kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan negara dan juga perkara berkait malahan tahanan yang didapati bersalah akan membawa kepada hukuman mandatori iaitu hukuman mati.
Malahan, pihak polis juga tidak memerlukan waran untuk melakukan penangkapan dan penahan kepada sesiapa sahaja dalam kesalahan keselamatan.
Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim turut menyatakan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) mendapat layanan yang teruk dalam penjara berbanding tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Baca juga: Jam tangan Rm4 juta Fazura curi perhatian netizen, “Ramai taktahu dari kecil Fazura memang..”