Isteri kepada Johan, Ozlynn ada berkongsikan kepada pengikutnya momen ketika Johan mengajar anak-anak mengaji.
Kita yang tengok pun berderau darah dengan ketegasan ditunjukkan pelawak dan penyampai radio berkenaan. Mana tidaknya, sampai menangis si anak dibuatnya.
Video dan beberapa keping gambar yang dikongsi Ozlyn itu turut menarik perhatian ramai yang rata-rata terkejut, selain memahami tindakan Johan sebagai bapa.
“Nampak macam bestkan? Bila post gambar or video papa ajar ngaji semua sibuk nak hantar anak kat papa untuk ajar ngaji. Siap ada yang offer diri juga yang tua pun nak ngaji tapi nak papa ajar.. huhu berani ke?
“Tengoklah dan telitilah setiap video dalam ni semua ok. Akak-akak dan abang-abang @thejozheart @thejozheartsg nak ke abang ajar ngaji? @ejaljava nak belajar ke? Sebagai seorang isteri yang selalu diajar juga, sangat enjoy tapi papa tegas nak mampuiihhh..atuttttt kalau bab ngaji or harfiah dia ajar.. takde nego yek.. rotan tetap dekat tangan,” tulis Ozlyn di Instagram.
Video yang dikongsikan Ozlyn itu membuatkan ramai menyamakan situasi tersebut dengan keadaan mereka semasa kecil yang dahulunya belajar mengaji dengan ayah yang garang.
“Tak apa nak..nenek-nenek dengan acik-acik ini dulu, gitu ler ghupernya bila kami mengaji. InshaaAllah besar nanti awak akan berterima kasih dengan papa awak,” komen pengguna Facebook.
“Ya, selalunya ayah-ayah yang nampak baik gila dengan orang tu, tegas dengan anak sendiri. Macam ayah aku lah. Orang kata baik lah, sporting lah, tapi anak-anak semua seram,” luah pengguna FB yang lain.
Pada masa sama, mereka juga menyokong tindakan Johan dan mengatakan ianya sebagai garang yang bertempat. Menurut mereka lagi, jarang dapat melihat bapa-bapa masa kini yang masih mengikut kaedah mengajar seperti yang ditunjukkan Johan.
Baca juga: Angka korban di Gaza meningkat, Israel tuduh bedilan roket kumpulan Jihad Islam yang tersasar