Tak kisah ditinggal isteri, lelaki rela jadikan buaya sebagai teman hidup. Ini adalah kisah mengenai manusia yang berkawan baik dengan buaya yang diselamatkannya.
Lelaki yang bernama Gilberto ‘Chito’ Shedden ini menyelamatkan buaya yang hampir mati apabila ditembak di tebing sungai Reventazón, Costa Rica pada tahun 1989.
Selama 6 bulan, Chito menjaga buaya tersebut dan memberinya makanan 31kg ayam dan ikan. Dia mula rapat dengan buaya tersebut selepas seminggu menjaganya.
Pada mulanya buaya tersebut menolak apabila diberi makan namun lama kelamaan Chito berjaya memujuknya untuk makan.
“Saya juga mahu membelainya kerana mahu ia tahu saya mengambil peduli tentangnya,” katanya.
Buaya yang diberi nama Poncho itu pernah dilepaskan kembali semula ke sungai tetapi ia memilih untuk kembali semula ke rumah Chito keesokkan harinya dan tidur di luar rumah.
Sejsk itu, hubungan mereka semakin rapat dan Chito banyak menghabiskan masa dengan Poncho hingga menyebabkan Chito ditinggalkan oleh isterinya.
Chito bagaimanapun tidak menyesal kerana baginya isteri boleh diganti tetapi buaya ini (Poncho) hanya satu dalam sejuta.
Chito mula menyedari Pocho boleh dilatih ketika buaya itu memberi reaksi saat mendengar namanya dipanggil.
Chito dan Poncho melakukan pertunjukkan bersama dan caj yang dikenakan kepada penonton hanya sebanyak AS$2 atau RM8.40 sahaja.
Chito meletakkan harga rendah kerana menganggap Poncho rakan baiknya dan tidak mahu dilihat sengaja mengambil kesempatan terhadap Poncho.
Persahabatan Chito dan Poncho berlanjutan sehingga lebih 20 tahun hinggalah Poncho meninggal dunia pada tahun 2011.
Chito yang sedih kehilangan Poncho bagaimanapun tetap meneruskan kehidupannya dan kini sedang melatih ‘Poncho’ keduanya dan berharap boleh melakukan pertunjukkan bersama di masa akan datang.
Baca Juga: Harga makanan IPT melonjak naik selepas mula fasa endemik