Pastinya ramai banduan yang mahu memulakan kehidupan normal selepas keluar penjara dan bekerja keras untuk mencari duit namun lelaki ini memilih untuk buat jenayah sebagai jalan pintas untuk masuk semula penjara.
Seorang warga emas di Thailand mahu mengelak bebanan kewangan yang dihadapinya dengan melakukan jenayah mencuri.
Jenayah tersebur bukan atas desakan hidup, sebaliknya dia sengaja mencari masalah agar dipenjarakan supaya dia tidak perlu lagi meneruskan kehidupan normal di luar.
Kisah seorang lelaki berusia 60 tahun yang hanya dikenali sebagai Phichit itu menjadi tular di Thailand apabila dia mengaku sengaja melakukan jenayah curi agar dia dimasukkan ke penjara.
Phichit pada petang 29 Julai yang lalu dengan sengaja telah mencuri tiga biji sabun buku berharga THB17 (RM2.14) dari sebuah farmasi di wilayah Chonburi, selatan Bangkok.
Ketika kejadian, dia yang memakai kemeja-T berwarna hijau bersama topi berwarna hitam telah ditahan oleh seorang pekerja di farmasi tersebut selepas mendapati lelaki itu mencuri daripada premisnya.
Ketika pekerja farmasi mahu memaafkannya, Phichit sebaliknya meminta pekerja farmasi itu untuk menghubungi polis dan membiarkan dirinya ditangkap serta dipenjarakan lapor Oddity Central.
Sengaja curi supaya masuk penjara
Ketika polis tiba di lokasi kejadian dan menyoalnya, lelaki warga emas itu mengakui dia sengaja mahu dirinya dipenjarakan kerana dia tidak mahu lagi hidup dalam serba kekurangan.
“Saya sengaja mahu dipenjarakan kerana jika saya dipenjarakan, saya akan diberi makanan percuma sebanyak tiga kali sehari selain boleh bersosial dengan orang lain.
“Ia adalah jauh lebih baik berbanding meneruskan kehidupan saya di sini di jalanan, yang mungkin menyebabkan saya mati kebuluran,” ujarnya.
Kejadian tersebut menunjukkan situasi yang dihadapi warga Thailand ketika ini, yang mana kadar inflasinya yang tertinggi sejak 2008.
Baca Juga: Angin kencang musnahkan pentas, seorang maut dan 20 tercedera