Bagi yang tinggal di kawasan perumahan isu parking memang sudah menjadi masalah biasa dek kerana kawasan yang sempit tetapi, padat dengan kereta.
Sering kali isu parking ini boleh menyebabkan perang dengan jiran sekeliling lebih-lebih lagi apabila mempunyai jiran yang jenis mementingkan diri sendiri sehingga meletakkan kereta mereka di hadapan rumah orang.
Namun, lain pula yang dialami wanita ini apabila jirannya tergamak menghantar santau kerana dia parking di hadapan rumahnya sendiri!
Ini kerana menurut perkongsian di TikTok, jirannya mendakwa sebelum wanita itu berpindah masuk ke rumah tersebut, jirannya itu memang akan parking kereta di hadapan rumah tersebut.
Menurut wanita itu, setiap pagi dia tidak dapat mengeluarkan kereta dek kerana jiran itu parking betul-betul di hadapan pagar. Padahal tempat parking dia luas boleh muat 3 biji kereta.
Tak tahan dengan perkara itu, dia bertindak menegur si jiran namun, dia marah sampai merah biji mata.
Bermula dari situ, hari-hari akan ada air kencing disimbah di atas lantai depan pintu rumah. Banyak juga perkara-perkara aneh yang dijumpai di perkarangan rumahnya.
@hasnanrili JIRAN SAKIT OTAK #sihir #ikhtiarmencarikesembuhan #hasnanrili #rawatanarsyifa #rawatanislamalmustakim #rawatanislamnegerisembilan ♬ Mencekam Seram – mr. Sahma Sipayung
Susah juga bila hidup berjiran tapi tak tahu untuk hormat jiran yang lain.
Baca juga: BLACKPINK kembali berkolaborasi dengan PUBG