Guru merupakan lilin yang menerangi kehidupan anak-anak kerana merekalah yang mengajar dan memandaikan anak disaat ibu bapa sibuk mencari nafkah.
Namun ramai yang tidak tahu keperitan seorang guru yang kerap kali disalah ertikan dan dibuli oleh guru senior di sekolah sekolah yang ditugaskan.
Guru muda ini menceritakan kisahnya yang sering dibuli oleh guru senior atas sebab-sebab remeh hingga menimbulkan trauma kepada dirinya.
Assalamualaikum. Confession ini saya tulis selepas saya baca confession tentang seorang cikgu yang mental akibat persekitaran toksik di sekolah. Saya terbaca satu comment yang lebih kurang sebegini “must4hil satu sekolah toksik, mesti kau yang bermasalah, sebabtu orang pulaukan”.
Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya menjalankan praktikum di sebuah sekolah beberapa tahun yang lepas. Saya menjalankan praktikum di sebuah sekolah di ibu kota, di kawasan yang pernah terjadi satu insiden besar hingga mer4gut nyawa seorang penjawat awam.
Hari pertama melaporkan diri, sudah saya dengar desas desus mengenai diri saya. Nak tau isu apa yang didesas desus kan mengenai saya? Isunya adalah cermin mata saya. Guru-guru dalam bilik guru berkumpul dan mengutuk saya kononnya terlalu berfesyen di sekolah kerana cermin mata yang dipakai adalah cermin mata bulat ala harry potter.
Salah saya ke tuan puan sampai saya diumpat sedemikian? Jadi masih valid ke point tuan puan yang kata confessor di pulaukan sebab per4ngai sendiri? Saya masih bertahan. Saya juga fikir macam apa yang anda fikir. “Takkan semua orang toksik. Mesti ada yang baik”.
Hakik4tnya yang baik cuma dua orang. Seorang adalah seorang guru muda yang baru berkhidmat 2 tahun. Seorang lagi seorang guru yang berumur 40 an yang ditukarkan ke sekolah tersebut. Selepas beberapa minggu menjalankan tugas barulah guru berumur 40-an yang saya gelar S buka mulut.
Rupanya sebelum saya bertugas di sekolah tersebut, S lah yang menjadi m4ngsa umpatan dan buli guru – guru lain. Dan sejak saya masuk ke sekolah, S kurang diganggu oleh guru – guru lain kerana role itu sudah beralih kepada saya.
Setiap apa yang saya buat diumpat. Bukan sahaja diumpat tapi disembur terus ke muka saya tanpa segan silu. Saya pakai kasut bertutup jenama bata yang sedikit bertumit dik4takan saya murahan. Dik4takan saya datang sekolah untuk menggoda guru besar.
Masih teringat pengalaman saya bermain kuiz bersama anak murid. Mereka sangat teruja dan sedikit bising kerana masing-masing ingin menjawab. Tak lama lepas tu, seorang guru dari kelas sebelah datang dan terus mengherdik saya di hadapan murid murid yang saya ni tak pandai mengajar dan kawal murid.
Terdiam anak murid saya melihat guru mereka diperlakukan sebegitu. Teringat juga satu lagi pengalaman menarik di mana seorang guru berjumpa saya. Katanya guru besar menyuruh saya membuat mural. Jadi saya pun terus berjumpa guru besar untuk bertanya mural yang macam mana yang dia mahu.
Guru besar agak terk3jut. Katanya dia suruh guru tersebut yang buat bukan saya. Ayat guru besar yang kemudian ini yang buat saya terk3jut “alang-alang awak dah tanya ni, awak jelah yang buat ya”. Lihatlah tuan puan, betapa tak tegasnya seorang ketua.
Langsung tak marah nama dia digunakan sewenang wenangnya oleh guru lain. Patutlah guru – guru tak takut buat macam-macam sebab tahu ketuanya bersikap tak tegas. Banyak lagi pengalaman buruk yang berlaku. Setiap hari saya menjalankan praktikum, tiada satu hari pun saya tidak dikutuk, diherdik, dibuli dan diperli.
Jadi tuan puan masih lagi nak cakap, “takkan la orang nak buat jahat dekat dia tanpa sebab. Mesti dia yang salah”. Masih nak cakap macam tu ke? Dalam dunia ni ramai ya golongan yang suka cari pasal tanpa perlu orang lain cari pasal dengan dia dahulu.
Tengok dekat comment confessor tu pun dah boleh tengok. Betapa banyaknya manusia berkata – kata kasar kepada confessor yang takda buat apa – apa salah dekat mereka pun. Tapi saya bernasib baik kerana di posting ke sekolah yang majoriti gurunya baik, memahami, mesra serta dipimpin oleh para pentadbir yang bijak, tegas dan profesional.
Sudah 7 tahun saya berkhidmat di sekolah ini dan saya sangat bersyukur dengan rezeki yang tuhan bagi ini. Dapat persekitaran kerja yang positif pun merupakan satu rezeki. Tak semua orang dapat. Saya, yang normal akal fikiran tanpa sebarang s4kit pun terkesan dengan layanan guru – guru tersebut hingga hari ini. Apakan lagi confessor tersebut yang tidak sihat mentalnya.
Sampainya hati anda semua mengutuk, menuduh dan judge seorang individu yang terdesak ingin mendapatkan solusi sampai sanggup mempertaruhkan kerjaya sendiri yang stabil. Apa nak jadi dengan orang kita ni yang majoritinya islam di ruang comment tersebut.
Siap ada seorang pembaca yang gigih membalas comment – comment lain untuk menegakkan pointnya yang confessor tersebut hanya overthinking. Takda sedikit belas kasihan ke kepada orang yang tak sihat? Kalau ada apa – apa terjadi kepada confessor tersebut, ketahuilah, anda semua puncanya.
Buat confessor, ini nasihat saya. Pertama, carilah seseorang yang boleh dipercayai untuk diluahkan segala rasa yang terpendam. Sebaiknya ibu anda. Bila kita luahkan masalah kita, kita akan rasa sedikit lega. Yang kedua, jumpa semula doktor dan maklumkan ubat tersebut tak sesuai dengan anda.
Berdasarkan pengalaman rakan saya, doktor akan tukar ubat atau beri solusi lain. Ubat sangat membantu. Tolong jangan tinggalkan ubat sampailah anda sihat. Kebiasaanya, ubat psiki4tri hanya memberi kesan sampingan pada dua minggu pertama. Jadi cuba bertahan ya.
Yang ketiga, boleh mohon cuti rehat jika keadaan mental anda menjejaskan diri anda. Yang keempat, isilah egtukar. Mohon pertukaran ke sekolah lain dengan alasan tidak sihat mental. Dapat sekolah baru nanti, mula semula. Start fresh orang kata.
Yang kelima, jangan langsung terkesan dengan kata – kata negatif di ruangan comment. Orang yang tiada pengalaman takkan tau apa yang anda rasa. Orang yang takda ilmu hanya pandai berkata – kata. Tapi perkara tersebut takkan dapat dielak kerana dalam dunia ada bermacam jenis orang.
Yang paling penting, kita yakin dengan diri kita. Kita tau kita tak salah. Nasihat yang diberikan hanyalah dari insan yang pernah membantu rakan baiknya sembuh dari peny4kit mental. Saya tak pernah mengalami dan mungkin banyak lagi perkara yang saya tak tahu.
Sebab itu saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu dan tidak memandai – mandai menyampai perkara yang bukan bidang saya. Akhir kata, kepada confessor, anda berhak rasa macam mana yang ada rasa sekarang. Orang yang berjuaang melawan s4kit mental bukan orang yang lemah. Sebaliknya, mereka orang yang sangat kuat.
Saya yakin di hujung hujan yang lebat, akan ada pelangi yang cantik. Di hujung pend3ritaan anda, akan ada kegembiraan yang menanti. Terus kuat. Saya akan sentiasa mendoakan anda. Kepada para pembaca yang meninggalkan comment negatif di bawah confession tersebut, berdoalah bahawa perkara yang sama tak akan berlaku kepada anda atau ahli keluarga anda.
Berdoalah tiada sesiapa dalam keluarga anda termasuk diri anda yang menghidap s4kit mental pada masa akan datang. Kerana disaat anda diuji dengan peny4kit tersebut, ketahuilah betapa nikmatnya dikurniakan mental yang sihat oleh Tuhan. Nikmat yang patut disyukuri dan bukan digunakan untuk menjatuhkan orang lain. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Tuhan. – Cikgu Tiger (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Mawar Karim nikah dalam diam dengan orang kenamaan? Tak sangka ini respon Fizo Omar