Tak sangka nenek pemain kelab Manchester United ini rupanya orang Selangor

Pemain kacukan Malaysia yang berada di luar negara semakin membina reputasi di pentas antarabangsa hingga mampu menyertai skuad utama kelab-kelab gergasi dunia.

Berita terbaru mengenai pemain berdarah Malaysia-England, Ethan Wheatley, menyatakan bahawa beliau kini telah mula menjalani latihan bersama skuad utama Manchester United.

Kemas kini maklumat daripada laman Frfuturetalents menunjukkan bahawa pemain berusia 18 tahun itu telah menarik perhatian ketua jurulatih, Erik Ten Hag.

Ini disebabkan oleh prestasi cemerlang Ethan Wheatley, kelahiran Stockport, England, yang menjadi salah satu tonggak utama dalam skuad Bawah 18 Tahun (B-18) Manchester United dengan mencipta lima gol dalam enam perlawanan dalam U18 Premier League 2023/2024.

“Benar, nenek saya dilahirkan dan berasal dari Selangor. Tetapi, dia (nenek) berpindah ke England ketika usia muda. Semasa saya kecil, keluarga kami sering bercuti di Kuala Lumpur,” kata pemain terbabit kepada laman Frfuturetalents.

Setakat ini, Wheatley belum diberikan peluang untuk beraksi bersama skuad utama Manchester United, namun kemungkinan akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat ini.

Baca juga: Aliff Aziz ‘kantoi’ 8 kali pergi rumah Ruhainies, rupanya kereta pun milik Bella-“Bila saya call mereka buat buat terkejut”