Model kereta Proton Saga dari keluaran syarikat permotoran negara menjadi kereta paling laris di abad ini, tidak hairanlah jenis kereta ini berlambak di atas jalan raya di Kenya.
Kereta Proton dianugerahkan sebagai model terlaris 2021 di pasaran Kenya. Proton turut menawarkan jaminan selama 5 tahun atau 150,000km untuk model Saga di Kenya.
Menurut laman sosial Proton Kenya, Proton Saga diiktiraf sebagai model kereta sedan paling laris di pasaran negara berkenaan untuk tahun lepas.
Sebagai rekod, Proton mula bertapak di Kenya pada 2020, Simba Corpotion merupakan pemegang francais jenama Proton di pasaran di negara tersebut.
Saga ditawarkan dalam tiga pilihan varian di Kenya terdiri daripada varian Standard MT, Standard AT dan Premium AT.
Jelas laman sosial tersebut juga, kadar bayaran ansuran bulanan Saga adalah serendah KSh. 29,400 (RM1,112) sebulan.
Selain Saga, Proton Kenya turut menawarkan dua lagi model iaitu Persona dan X70.
Pada November tahun lalu, Proton Kenta memaklumkan X70 dipilih sebagai kenderaan rasmi agensi keselamatan negara itu.
Baca juga: Kalau jodoh tidak kemana! Lelaki kahwini bayi dilihat dalam ‘stroller’ 20 tahun lalu