Tak sengaja rosakkan barang hantaran pelanggan, jurumekap ini terpaksa bayar ganti rugi RM4,900 untuk harga sepasang kasut

Sudah menjadi lumrah untuk pasangan yang ingin berkahwin akan menempah jurumekap dan juruhias untuk majlis mereka.

Ini untuk memastikan majlis berjalan lancar. Ada sesetengah pelanggan yang akan menempah jurumekap dan juruhias yang sama untuk majlis mereka.

Baru-baru ini telah viral di TikTok seorang jurumekap terpaksa membayar ganti rugi kerana telah merosakkan barang hantaran pelanggannya iaitu sepasang kasut berjenama.

Menurut pelanggan itu, selepas selesai majlis mereka dia telah mendapati kasutnya yang diletakkan di atas dulang telah rosak akibat jurumekap itu menggunakan gam yang berlebihan.

@yunazalee Minta tlg gunakn kuasa viral anda semua 🙏🏻 Customer tak puas hati dengan servis kita sampai minta refund harga kasut bernilai almost 5k . Bila minta resit tak nk bg . Ujian apa yg allah cuba bagi ni ya ? 😔 #fyp #kenascamrupanya #fypviral ♬ Jeritan Hati – Cut Zuhra

Justeru itu, pelanggan tersebut merasa sangat sedih dan meminta ganti rugi sebanyak RM4,900 untuk harga kasut tersebut dan mendakwa kasut itu telah dibeli di sebuah butik terkenal.

Jurumekap itu yang pada mulanya merasa serba salah telah membayar ganti rugi tersebut dan memohon maaf atas kecuaiannya.

Kemudian, dia telah meminta bukti resit pembelian daripada pelanggan tersebut sebagai bukti keaslian kasut tersebut namun, sehingga ke hari ini tiada bukti yang diterima.

Perkara ini telah menyebabkan jurumekap itu merasa tertipu.

Baca juga: “Derma tabung pilihanraya lagi afdal dari tabung masjid” – Mokhtar Senik