Tak tahan dengan burung ‘samseng’ suka rampas makanan, hotel di Itali sediakan pistol air untuk tetamu mereka

Gara-gara tidak tahan dengan kehadiran burung samseng di beberapa hotel di Vanice, Itali yang suka merampas makanan orang lain, seorang pemilik hotel bertindak bijak dengan membekalkan sebuah pistol air kepada setiap tetamu hotel mereka.

Bunyinya macam pelik tapi itulah yang berlaku di dua buah hotel di Itali sebagai usaha untuk melawan burung camar ‘samseng’ di kawasan itu, lapor The Guardian.

The Guardian melaporkan, pihak hotel di Venice sudah tidak tahan dengan kehadiran burung camar di kawasan berkenaan yang dilaporkan suka menyerang sesiapa sahaja yang memegang makanan.

1200X675 Cmsv2 69C7Edc7 450C 5Bfd 8Ef3 80004Ffecb27 6569794 E1648350762113

Difahamkan, kes serangan burung camar semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun lalu di mana ada seorang pelancong diserang ketika sedang makan aiskrim sambil berjalan di St Mark’s Square.

 

258797726.Jpg.gallery E1648350864800
Gambar hiasan

Selain itu, terdapat jugak beberapa kes di mana burung-burung camar ini menyerang tetamu hotel semasa hidangan bufet dihidangkan.

Selalunya bila serangan ini berlaku, pihak hotel terpaksa menanggung kerugian kerana perlu menggantikan pinggan dan gelas kaca yang dipecahkan. Meskipun ada tetamu hotel yang menganggap insiden itu lucu, ada juga yang tidak berpuas hati.

Untuk pengetahuan, burung camar dikategorikan sebagai spesies dilindungi. Oleh itu, mereka tidak boleh dihapuskan begitu saja seperti haiwan perosak lain.

“Ada pihak hotel yang pernah mengupah pakar yang menggunakan burung helang untuk memburu burung camar itu. Tapi, servis itu ternyata mahal jika pakar perlu dipanggil setiap hari,” jelas seorang pekerja hotel.

0 Some Hotels In Venice Provide Their Customers With Water Guns To Ward Off Pigeons And Seagulls E1648351127650

Oleh itu, Grittle Palace dan Hotel Monaco & Grand Canal mengambil inisiatif membekalkan tetamu hotel mereka dengan pistol air berwarna oren dalam usaha untuk menghalau burung camar berkenaan. Difahamkan, warna oren adalah warna yang dibenci spesies burung itu.

“Bila mereka nampak saja pistol air tu, mereka terus terbang pergi. Tetamu tak perlu tembak mereka pun dengan air, cukup sekadar meletakkannya di atas meja saja,” kata Paolo Lorenzini, salah seorang staf Gritti Palace.

Walaupun kehadiran burung-burung camar di kawasan tumpuan pelancong itu menarik perhatian ramai, ia juga boleh mendatangkan beberapa risiko kesihatan dan kebersihan.

Sumber: The Guardian

Sumber: https://themalaysialife.com/bintang-tiktok-dengan-hampir-sejuta-pengikut-mengaku-tidak-bersalah-atas-pembunuhan-berganda-di-san-diego/