“Takkan taktahu hukumnya haram?”- Netizen selar aksi Misha Omar dan Naqiu berpegangan tangan, gimik terlalu ‘cringe’

Persembahan Naqiu pada minggu keempat dalam program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen, yang mengkritiknya kerana mempamerkan kemesraan yang dianggap melampui batas dengan pasangannya, Misha Omar.

Semasa menyanyikan lagu “Aku dan Dirimu” yang merupakan lagu asal oleh Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari, Naqiu dan Misha Omar dikatakan berpegangan tangan erat yang dianggap tidak sesuai kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin.

“Sejujurnya aku cukup tidak suka persembahan Naqiu dan Misha yang menyanyi berpegangan tangan. Takkan tak tahu hukumnya haram?

“Maaf tak suka tengok gimik Naqiu dan Misha keluar pegang tangan macam itu… Tak perlu muka ke muka dekat macam itu.

“Sangat ‘cringe’ persembahan mereka. Tak perlu pegang tangan… Sebenarnya saya bayangkan dia main gitar dan menyanyi bersama Misha. Ini bukan seperti saya bayangkan,” komen netizen.

Dalam mengulas isu ini, Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, yang berusia 37 tahun, mengakui kesilapan yang dilakukannya dan telah memohon maaf atas tindakannya yang dianggap keterlaluan dalam persembahan tersebut.

“Saya minta maaf sangat. Saya bertanggungjawab dan ambil kesalahan itu pada saya. Insya-Allah saya akan pastikan perkara sama tidak berulang.

“Ini libatkan sensitiviti yang tidak sepatutnya berlaku. Saya letakkan kesalahan kepada diri sendiri dan jangan salahkan orang lain,” ujarnya.

“la terjadi secara spontan… Semua tahu persembahan saya ini jenis melebih-lebih dan spontan. Tapi kali ini saya sendiri rasa ia tidak sepatutnya berlaku… Memang salah saya,” katanya.

Naqiu juga meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada dirinya dan berharap kesilapan itu tidak akan berulang lagi.

Baca juga: “Tabur gula je!”- Lelaki ini kongsi tips simpan udang lama, kekal ‘manis’ walaupun dibiar berbulan