Taknak makan sebab susah nak berus? Ini rupanya tips rahsia nak bersihkan siput sedut..tambah pula masak lemak cili api fuh!

Ramai yang menyukai hidangan siput sedut walau apa sahaja masakan yang dihidangkan bukan?

Namun oleh kerana susah untuk ‘menyiang’ siput ini membuatkan ramai yang tidak mahu menikmati hidangan ini di rumah.

Lebih lebih lagi proses memasak siput sedut tidak semudah yang disangka kerana cengkerang haiwan itu biasanya terdapat sisa lumpur dan tanah daripada habitat asalnya.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Keknaaaaaaaa berkongsi cara mudah yang dilakukannya untuk membersihkan siput sedut.

Cara-caranya:

1. Pastikan semua siput sedut yang masih melekat dengan lumpur dimasukkan ke dalam bekas atau sinki.

2. Bilas dengan air sehingga sisa lumpur mula tanggal.

3. Setelah bersih dan bebas daripada tanah, potong muncung siput sedut menggunakan gunting sekitar 30 hingga 40 peratus. Pastikan anda tidak memotong terlalu pendek, supaya anda masih boleh mudah menikmati isi siput.

4. Selepas memotong muncung siput, bilas siput yang telah dipotong menggunakan air.

5. Kemudian, letakkan siput yang telah dipotong ke dalam bekas kosong.

6. Isikan air ke dalam bekas tersebut dan taburkan segenggam garam.

7. Kacau atau gaul siput itu bersama garam, dan kemudian tutup bekas tersebut.

8. Setelah 30 minit, anda akan melihat lendir-lendir siput sedut terapung pada permukaan air.

9. Kemudian, buang air dan cuci siput itu sekali lagi sebelum memasaknya mengikut citarasa anda.

Baca juga: Teringin makan ‘spicy marinated crab’, guna 6 bahan je dah siap..sebijik macam dalam drama Korea!