Ada sesetengah orang lebih memilih mementingkan orang luar berbanding anak isteri sendiri.
Untuk kisah ini pula si suami sering mengutamakan adik beradik berbanding anak isterinya sehingga si isteri berjauh hati dengan si suami. Ikuti perkongsian ini.
Terima kasih admin kalau siarkan kisah saya ni. Saya ringkaskan je la cerita saya ni, saya seorang surirumah yang mempunyai 4 orang anak, dan semuanya telah bersekolah.
Suami pula berkerja di sebuah syarikat swasta. Masalah saya di sini adalah, urusan rumah tangga semuanya saya yang uruskan.
Bermula dari beli barang dapur, dan urusan sekolah anak saya yang belikan dan sediakan.
Suami saya hanya pentingkan kerja dia saja. Hp boleh dikatakan 24 jam di tangan. Bila ditegur asyik dengan hp, alasannya kerja dia memerIukan dia respon secepat mungkin.
Bayangkan lah, bila dia balik kerja, dia boleh berdiri tercegat depan pintu semata-mata nak reply wasap group kerja dia, betapa pentingnya kerja dia.
Kalau hari berkerja saya bercakap dengan dia pun dia buat endah tak endah sebab sibuk dengan hp.
Sampaikan saya minta dia tukarkan gas pun dia boleh lupa macam tu saja, akhirnya saya jugak yang buat sendiri.
Walaupun saya seorang surirumah, saya buat bisnes kek di rumah. Saya selalu je tengok seller makanan yang lain, ramai saja suami yang tolong hantarkan order, tapi kalau minta suami saya buat delivery, jangan harap!
Tak pernah sekali pun dia buat. Apatah lagi nak delivery, customer dah datang depan pagar rumah pun, dia payah nak tolong.
Saya jugak lah yang tengah kelam kabut kat dapur, keluar bagi pada customer. Belum lagi bab minta tolong belikan barang dapur yang tak cukup.
Kadang-kadang nak masak ada satu dua bahan tak cukup memang tak la nak minta dia keluar belikan.
Sama jugak kalau ada mentol lampu terbakar atau rosak, kalau suruh dia tukarkan alamatnya berminggu minggu dia biarkan.
Akhirnya saya ambil tangga saya panjat dan tukar sendiri. Bab anak-anak, saya uruskan semuanya.
Kalau tunggu dia, esok nak sekolah atau esok nak raya baru dia tanya. Tu pun kalau tanya. Kadang-kadang tak tanya langsung.
Saya tak suka buat kerja last minit, saya suka siapkan awal-awal, memang saya akan buat sendiri.
Yang saya boleh beli dekat pasaraya, saya pergi beli sorang-sorang. Yang boleh beli online saya beli saja online.
Yang paling saya terasa hati, dengan saya saja macam tu. Cuba berkait dengan family dia, boleh pulak dia buat segalanya sempurna.
Semua dia jaga elok saja, kalau adik beradik dia datang, sanggup dia suruh saya tidur dekat bilik stor yang sempit tu semata-mata nak suruh family dia tidur bilik utama kami.
Kalau boleh dia nak bagi bilik dekat adik beradik dia sorang satu (adik yang dah berkahwin) katanya nak bagi privasi kat dorang.
Dia tak pe la boleh tidur kat ruang tamu, saya kena jaga aurat, saya mengalah la tidur kat stor asalkan saya boleh buka aurat time tidur.
Sebab tu la adik beradik dia kalau datang rumah saya menonong saja naik tingkat atas terus masuk bilik utama takde tanya saya dulu pun, sebab dah terbiasa.
Kadang-kadang datang bisikan syaitan, aku ni semua buat sendiri, kenapa suami aku tak macam orang lain. Nak makan apa-apa pesan saja, suami bawak balik.
Tapi aku, nak makan pergi la cari sendiri. Lama-lama aku rasa macam aku tak perIukan suami.
Ya Allah, ampunkan aku. Tolonglah buat pembaca, bagi saya kata-kata semangat. Kadang-kadang saya lemah, terasa seperti saya ketua keluarga.
Adakah aku tak bersyukur?? Adakah aku terlalu cerewat dan besar besarkan hal remeh temeh?? Untuk pengetahuan semua, saya pernah hampir nak berpisah dengan dia disebabkan adiknya.
Disebabkan dia mendahului adiknya dari isteri dia sendiri. Saya larikan diri, saya bawak anak-anak, saya drive sorang-sorang balik kampung saya dengan jarak beratus kilometer.
Dia sendiri terkejut, dia ingat dia boleh buat sambil lewa, bila saya mintak berpisah, dia merayu-rayu. Kadang-kadang hati saya jadi sekeras batu.
Tapi sampai bila saya nak rasa macam ni. Ampuni aku Ya Allah.. kadang-kadang aku tak berdaya. – Dira (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Tak selamat digunakan, trend guna akuarium ganti balang air buat netizen khuatir