Tangan pijar sebab pegang cili, doktor kongsikan cara untuk hilangkannya

Tangan pijar sebab pegang cili, doktor kongsikan cara untuk hilangkannya. Tangan menjadi pijar selepas memegang cili kerana ia mengandungi capsaicin yang akan merangsang reseptor deria sakit.

Perkongsian Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan di media sosial itu mendapat perhatian orang ramai terutamanya golongan wanita yang tidak sabar mencuba petua tersebut.

“Kalau terkena kulit, kita akan rasa pijar. Kalau terkena lidah kita akan rasa pedas.

“Capsaicin ini tidak larut air, kalau kita cuci tangan dengan air sahaja ia sukar ditanggalkan dari kulit kita,” katanya di media sosial hari ini.

Menurut Kamarul Ariffin, capsaicin tersebut boleh larut dalam minyak atau lemak.

Susu Berlemak

Orang ramai boleh menggunakan susu berlemak yang mengandungi sejenis protin dipanggil casein yang akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit.

Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.

Minyak

Seterusnya, menggunakan minyak yang akan mencairkan capsaicin dan perlu dibilas dengan air sabun. 

Cuka

Petua ketiga ialah cuka, ia bersifat alkali yang boleh meneutralkan kesan pijar.

Air Asam

Boleh juga gunakan air asam, perahan limau atau sos tomato.

Alkohol atau cecair pembasmi kuman

Alkohol juga boleh digunakan, jadi, orang ramai boleh gunakan cecair pembasmi kuman berasaskan alkohol.

Losyen berasaskan minyak

Terakhir sekali ialah losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin disusuli dengan bilasan air sabun untuk membuang losyen yang telah dicemari capsaicin tersebut.

Baca Juga: Resipi masakan western yang senang untuk dimasak di rumah

Baca Juga: Mahu jimat gas ketika rebus nasi impit, suri rumah ini kongsi bagaimana caranya