Taylor Swift terima pengiktirafan Doktor Kehormat di Universiti New York

  • Post author:

Taylor Swift terima pengiktirafan Doktor Kehormat di Universiti New York. Dia juga turut berucap di acara konvokesyen tersebut hari ini.

Swift, 33, diberikan pengiktirafan khas dalam dalam bidang seni halus dan akhirnya berpeluang menyarung jubah konvokesyen meraikan bersama-sama graduan 2022 dari universiti berkenaan.

Walaupun tidak pernah memasuki kolej dan menyambung pengajian, pemenang Anugerah Grammy itu berjaya menyentuh hati ramai dengan ucapannya.

“Saya rasa tak layak langsung untuk beritahu anda apa perlu anda lakukan. Anda bekerja keras, bergelut, berkorban, belajar dan idamkan laluan anda ke tahap ini.

“Saya takkan memandai-mandai cakap apa yang perlu anda buat kerana tiada siapa pun sukakannya. Bagaimanapun, saya ingin beri anda helah kehidupan sebagaimana impian saya awal-awal dulu bertukar karier.

“Jangan pernah mengalah untuk terus mencuba. Tidak perlu berusaha keras itu adalah mitos,” katanya.

Swift yang menulis, menerbitk, mengarah dan menyanyi sendiri lagunya memulakan karier pada usia 15 tahun.

Tidak lama kemudian, dia bertukar menjadi bintang pop sensasi seluruh dunia dan memenangi beberapa trofi Grammy termasuk Album Terbaik menerusi Folklore tahun lalu.

Penyanyi tersebut kini sedang sibuk merakam semula lagu-lagu daripada albumnya terdahulu setelah bergaduh dengan Scotter Braun apabila Scotter bertindak menjual hak milik albumnya kepada orang lain.

Baca juga: Singapura jadi negara keenam halang Ustaz Somad masuk negara

baca Juga: Aeril Zafril dikecam gara-gara satu komen dianggap tak sensitif pada Ustaz Kazim