Terawih sudah dibenarkan untuk dilakukan di surau mahupun masjid pada tahun ini. Kurma dan susu ini boleh dikatakan menu kegemaran untuk sahur. Bukan sahaja mengenyangkan malah sunnah untuk makan kurma.
Ramai yang rindukan suasana berbuka dan bersahur. Lain orang lain jenis sahurnya. ada yang sudah mula merancang menu untuk berbuka dan bersahur nanti.
Namun ada juga yang kurang gemar bersahur, jadi bolehlah cuba membuat pati kurma homemade untuk buat minuman pada sahur nanti.
Jadi mari kita cuba buat resipi yang boleh memberi tenaga sepanjang berpuasa.
Resipi Pati Kurma Homemade
Bahan-bahan
Kurma
Cara-caranya
1 Buang biji dan basuh kurma dengan bersih
2 Kukus kurma selama 20 minit
3 Kisar kurma hingga hancur
4 Simpankan dalam satu bekas dan letakkan dalam peti sejuk
5 Bila nak minum, campur dua sudu pati bersama susu
Sedia untuk diminum! Bolwh campur madu, badam, kismis dan apa-apa yang sesuai mengikut pilihan anda.
Baca Juga: https://malaysiadateline.com/bawang-putih-boleh-ubati-sakit-kaki-tumit-dan-angin-dalam-badan/