Zaman sekarang ini ramai yang mencuba nasib dengan menjual pelbagai jenis barangan di aplikasi online.
Tidak dinafikan berniaga secara atas talian lebih mudah kerana tidak perlu boleh dilakukan di mana sahaja dan mampu mencapai jualan yang lumayan.
Semalam tular di TikTok apabila seorang si kecil comel bernama Tiara yang hanya menjual gula-gula di TikTok Live tetapi mampu meraih 21 juta tanda suka dan 3000 pek gula-gula habis dijual dalam masa 2 jam sahaja.
Yang lebih mengujakan, gula-gula itu tetap terjual walaupun adik comel itu tidur sewaktu Live berlangsung.
Penyanyi Ernie Zakri juga sempat memuat naik satu video di TikTok yang menunjukkan beliau menangis.
“Tolong bagitahu kalau Tiara buat live lagi. Kak Ninie nak beli candy Tiara,” tulisnya.
@erniezakri23 @achey_kintangkintung ♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind
Rata-rata warganet turut sebak melihat Live adik itu dan memuji usaha yang dilakukannya. Untuk pengetahuan, adik Tiara ini merupakan anak kepada pelawak Achey.
Baca juga: Tak selamat digunakan, trend guna akuarium ganti balang air buat netizen khuatir