Terkejut bila tahu gaji bodyguard boleh cecah RM12,000 sebulan

Pastinya apabila ada keramaian mahu pun upacara penting di negara ini, para jemputan yang terdiri dari menteri dan juga orang kenamaan pasti diiringi dengan pengawal peribadi atau pun bodyguard.

Namun ramai yang tidak mengetahui akan kebenaran gaji melalui pekerjaan yang serba mencabar ini.

Melalui sebuah video di laman tiktok, seorang pengarah syarikat pengawal peribadi IS0 Hitec Security, Ku Norazmi mendedahkan bahawa terdapat perbezaan gaji antara pengawal yang membawa senjata api dan juga tidak membawa senjata api.

@bfmradio

Harga upah bodyguard bersenjata api boleh mencecah RM12,000 sebulan? 💰🏃🏽 Bu$y Finding Modal – Episode 12 #bodyguard #securityguard #security #bisnes #modal #gaji

♬ original sound – BFM89.9 – Bold Frank Media – BFM89.9 – Bold Frank Media

“Harga bodyguard tanpa senjata api lebih kurang RM5,000 ke RM6,000 sebulan.”

“Tetapi bagi mereka yang bersenjata api, saya meletakkan harga saya RM11,000 ke RM12,000”.

Azmi turut mendedahkan mereka yang menggunakan senjata api akan melibatkan nyawa dan itu dibuktikan dengan harga gaji yang lebih tinggi.

Menurutnya juga, ia adalah kerana insuran yang lebih tinggi kerana pendedahan kepada bahaya semakin meningkat.

Baca juga: Terkejut bila tahu kumpulan Raihan, Rabbani dan Hijjaz rupanya dari Al-Arqam