Tengku Zafrul dijangka akan mengambail alih kerusi daripada PKR iaitu dun Paya Jaras.
Kerusi itu sekarang disandang oleh Khairuddin Othman daripada PKR.
Memetik FMT, menurut seorang pemimpin PH Selangor yang enggan dinamakan “Bagaimanapun, saya boleh berkongsi bahawa Tengku Zafrul Aziz dijangka bertanding di kerusi Paya Jaras,”
“Rundingan berterusan mengenai beliau jadi calon berpotensi menteri besar jika PH-BN menang di negeri itu dan beliau memenangi kerusi Paya Jaras.”, tambahnya lagi.
Seminggu yang lalu, UMNO Bahagian Kota Raja menyatakan hasrat untuk Tengku Zafrul diangkat sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Menurut Timbalan Ketua Bahagiannya, Abdul Raof Mokhtar, Tengku Zafrul merupakan seorang yang berdedikasi dan berintergriti serta berpengalaman dalam pentadbiran serta membawa perubahan kepada rakyat.
“Saya yakin Tengku Zafrul akan berusaha gigih untuk memajukan kawasan DUN yang beliau tandingi dan mampu memperjuangkan kepentingan rakyat.