Isu ibu bapa yang sangat toksik ini sering dikaitkan dengan orang lama yang tidak menyambung persekolahan.
Jadi kerana mereka terlalu lama duduk di takuk lama, mereka kerap menyalahkan anak anak dan juga ‘menderhakakan’ anak andai tidak memenuhi permintaan mereka.
Wanita ini berkongsi kisah dirinya yang sepertinya tidak pernah cukup untuk membahagiakan ibunya berdasarkan kata kata yang diterima dari ibunya itu.
Assalamualaikum. Aku kenalkan diri aku sebagai Za. Umur 29 tahun dah sudah 7 tahun berkahwin. Dan aku merupakan anak tunggal. Mak abah aku sihat lagi alhamdulillah. Aku ni buntu. Aku kurungkan diri dalam rumah dari bergaul dengan sesiapa.
Dunia aku hanya suami dan anak-anak. Cuma di sini, aku minta nasihat dan panduan dari sahabat- sahabat semua buat diri aku. Kenapa aku tak bergaul dengan dunia luar? Aku ni dulu, budak pandai. Kata mak aku lah. Aku sangat cemerlang zaman sekolah rendah dulu. Walhal, sekolah luar bandar saja.
Aku kebanggaan mak aku. Tapi tidaklah mak aku canang aku sana sini dengan keputusan cemerlang aku waktu tu. Hakik4tnya, aku tak pandai pun. Aku boleh skor sebab aku menghafal. Rezeki aku selepas UPSR, aku dapat bersekolah di sekolah kluster.
Abah masa tu dah tak makan gaji. Abah menOreh dan jaga kebun sawit orang saja. Asalnya sebelum tu, aku ni jenis high confident level. Bila aku ke sekolah menengah, aku jumpa kawan-kawan aku lagi hebat, dengan masa tu badan aku sedikit chubby sebab dah akil baligh, rupa pun tak cantik dan aku tengok hebat – hebat keluarga kawan aku semua tu, aku jadi lack of self esteem.
Aku down sangat. Normalnya, homes 1ckness ni awal-awal sekolah kan? Tak. Aku hujung tahun baru nangis – nangis sebab rasa tak competent duduk di situ. Aku rasa diri aku bermasalah tapi aku tak tahu nak minta tolong kat siapa. Selalu ulang alik ke bilik kaunseling sebab nak tumpang tengok youtube je, tapi tak pernah nak tanya apa-apa pada kaunselor masa tu.
Bila aku rasa, kosong di jiwa.. aku tanya mak aku, apa patut aku buat? Mak aku hanya jawab “tulah, tak solat. S3tan la semua tu.” Down. Akhirnya, aku berjaya survive di SMK dan capai 6A dalam SPM. Aku rasa, aku hebat dah masa tu.
Sebab dalam sejarah hidup, kali pertama aku dapat A dalam subjek Bl. Mak aku hanya jawab, “Mak mimpi Za dapat 10A”. Ya Allah.. down lagi. Lepas tu aku ke Matrik dan universiti tempatan. Kehidupan di Matrik sangat sekejap tapi membahagiakan walau padat.
Aku sukses bawa diri aku di matrik tapi di universiti, aku kecundang. Aku gagal habiskan ijazah aku. Tempoh ijazah aku tu, orang lain sempat habiskan buat degree dan master. Maybe PhD sekali. Tapi hujungnya, aku sendiri yang mohon berhenti belajar.
Sebab? Macam-macam. Kewangan, komitmen keluarga dan lain-lain. Aku berhenti belajar tu 2016, sampai sekarang.. aku masih rahsiakan pada Mak. Sebab? Aku takut. Mak aku ni sekolah dia sampai darjah 6 saja. Emosi dia macam bom jangka. Ada hari ok, kalau hari dia tak ok.. dia lempiaskan kepada aku.
Bila dia marah-marah, hujungnya mesti dia akan cakap..”Maaf, mak marah-marah. Mak tak tahu (control emosi), mak tak sekolah.” Down. Hari ni aku dah bersuami, tapi taat aku kepada mak aku lebih daripada suami aku.
Sebab? Aku takut mak aku. Aku takut emosi mak aku begitu. Tak lagi dengan panas baran abah aku. Aku berkahwin masa belajar. Dengan izin keluarga. Bukan buat tak senonoh. Tak disangka, aku mengandung dalam tempoh belajar tu.
Mak aku marah. Mak aku nak rodok – rodok perut aku. Aku tahu, mak kecewa dengan aku. Mak sayang aku. Mak kalau marah, dia dah tak kenal siapa suami, siapa keluarga. Semua dia pukul rata. Aku takut kalau aku tr1gger marah mak aku. Aku penat nak handle situasi itu. Sebab?
Dari aku kecil sampai ke besar, mak abah memang tak pernah lekang dari berg4duh. Ada saja nak dig4duhkan. Bila dedua tengah panas hati, semua barang dicampak. Aku yang jadi saksi, hari aku bagai dirobek s4kit.
Penyudahnya, abah start enjin kereta terus keluar tak balik rumah. Mak masih mem4ki – m4ki dan terus call makcik-makcik. Aku? Macam tak wujud. Emosi mak pada episod – episod itu buat aku rasa takut sampai hari ni. Aku takut Mak.
Sebenarnya.. Mak sayang aku, mak tak nak aku jadi macam dia. Jadi apa? Jadi suri rumah. Pada dia, jadi surirumah ni susah. Kena berg4ntung pada suami semata. Nak pergi mana – mana kena orang bawa. Walhal, dulu waktu kecil, aku pernah cakap kat mak aku “besar nanti Za nak jadi cikgu waktu siang dan nak jadi nurse waktu malam”.
Dan pernah terlintas beberapa kali dalam hati, “Aku nak jadi macam mak aku.” Sebab? Mak aku yang jahitkan baju sekolah aku. Mak aku yang tunggu aku buat latihan UPSR sambil dia menjahit. Mak aku hantar dan jemput aku balik sekolah.
Mak datang tiap tahun masa hari kecemerlangan. Hari ni Allah dah makbulkan doa aku. Aku kerja sebagai surirumah. Tapi Mak tak redha siapa aku hari ni. Acapkali dia sebut, “Kan bagus kalau Za kerja, boleh tolong Mak, boleh tolong (beri duit) Abah.”
Sebab tu aku kurung diri aku dari dunia luar. Aku kecewa dengan diri aku. Aku malu kalau jumpa dengan kenalan lama / sed4ra mara.. bila ditanya soalan ‘kerja apa sekarang?’ Aku rasa tak guna sebab tak boleh jadi financial support buat Mak Abah aku.
Aku rasa aku ni sial sebab tak boleh buat Mak Abah aku bangga, aku takda jawatan, aku takde uniform, aku takde pangkat. Aku tak boleh penuhi expectations Mak aku. Kat kampung tu, ada satu jiran ni.. kalau bertandang ke rumah Mak, mesti dia cerita pasal anak-anaknya.
Anaknya yang kerja bank, anaknya yang kerja nurse, anaknya beli emas, anaknya belikan itu.. belikan ini. Makcik tu tak salah pun. Dah tu rezeki dia kan. Dia nak berkongsi cerita je. Mak pun mesti juga datang keinginan begitu kan?
Yelah. Manusia kan. Aku tak salahkan Mak. Mak berhak tuntut semua tu. Yelah, dia kan Mak. Aku sambil jaga anak-anak, aku berniaga kecil-kecilan. Bulan-bulan, dapatlah beri Mak Abah RM150 setiap sorang, bawak lauk, bawa kuih bila bertandang.
Tapi masih lagi tak cukup nampaknya. Kalau makcik – makcik aku datang bawakkan Mak aku buah tangan, mesti lepas tu Mak akan bandingkan dengan apa aku beri tu. Ayat Mak be like… “Mak tengok Za bukannya ada duit pun.”
Aku sedih. Aku sedih. Aku sedih. Mental aku penat. Cuma persoalan aku kat sini,
- Memang betul ke.. kejayaan seorang anak itu diukur bila mampu beri kesenangan kepada ibu bapa mereka?
- Kalau ibu bapa mengeluh/ berkata, ‘kalau anak aku boleh beri duit kepada aku.. anak tu dah jatuh hukum sebagai anak derh4ka ke? Sudut ner4ka mana nanti anak tu akan duduk?
- Ya, aku memang sentiasa dahagakan penghargaan dari Mak aku. Walau aku tak layak. Aku cuma seorang anak tak berguna. Itu saja. Aku mohon kata-kata yang baik dan murni saja. Aku yang mahu dihargai, – Za (Bukan nama sebenar)