Tidak sensitif isu Shuib, Rosyam dikecam netizen

  • Post author:

Tidak sensitif isu Shuib, Rosyam dikecam netizen. Ahad lalu, Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bagaimanapun, sejak malam tadi hangat diperkatakan di laman Twitter apabila netizen kurang senang dengan pertanyaan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor kepada pelawak, Shuib Sepahtu.

Rosyam yang bertindak sebagai penyampai bertanyakan Shuib mengenai pengganti apatah lagi sudah 8 bulan arwah isterinya pergi menghadap Ilahi.

Netizen turut menyifatkan perbuatan Rosyam itu sebagai biadab dan tidak matang lebih-lebih lagi bertanyakan di khalayak ramai.

Malah, ada netizen mengatakan riak wajah Shuib nampak kurang senang namun tetap profesional di atas pentas.

“Seperti biasa, melayu berpisah tiada dengan lawak-lawak pasal janda, duda atau pasangan sendiri. Macam tak boleh bertahan tanpa pasangan waima satu saat pun.

“Maaf, nak cakap sikit. Jarak 3 hari sahaja tarikh antara Sarah dengan ayah aku meninggal. Ada masa mak aku kecil hati, sedih sebab ada antara kawan-kawan dia tanya pasal pengganti. Aku dapat rasa Shuib pun rasai benda sama.

“Nampak juga tadi, kita yang melihat pun rasa tak selesa. Hello, biarlah Syuib nak meratap sepanjang masa sekalipun, dia ada hak untuk bersedih. Melampau gila Rosyam,” antara komen yang ditinggalkan netizen di hantaran twitter tersebut.

Diharapkan kita lebih sensitif dalam hal ini. Rindu kepada yang sudah tiada di dunia ini tidak sama hatta tidak mampu dbandingkan sekalipun dengan rindu kepada yang masih hidup. Hargailah mereka yang masih hidup sebelum ia menjadi kali terakhir anda bertemu mereka.

Baca Juga: Selalu berpeluh semasa tidur, ini 10 sebab mengapa ia terjadi

Baca Juga: Misteri ‘chalet garuda’ alun ayat al-Quran dalam hutan di Selangor