Tiga melecur selepas kapal terbakar, selamatkan diri dengan terjun sungai. Kapal yang mengangkut minyak berisi petrol itu dikatakan terbakar di Jeti Paitan.
Kejadian jam 5.10 petang semalam itu terjadi ketika kapal berkenaan sedang dalam perjalanan dari Paitan ke Pulau Jambongan.
Difahamkan, kapal berkenaan tiba-tiba terbakar sebelum kru kapal segera menyelamatkan diri dengan terjun ke sungai lapor Harian Metro.
Bagaimanapun tiga individu dilaporkan melecur tetapi setakat ini maklumat mangsa melecur belum diperoleh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Machel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang lalu menghantar tiga anggota ke dengan sebuah jentera.
Menurutnya, lokasi berkenaan sejauh 173 kilometer dari BBP Beluran.
“Setakat jam 7.10 malam, pasukan bomba masih dalam perjalanan ke lokasi berkenaan disebabkan keadaan cuaca dan keadaan jalan raya yang tidak baik.
“Maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa berhubung kejadian terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Baca Juga: Ibu bapa kejam! Pukul anak angkat berusia 4 tahun guna penyapu sebab enggan makan nasi
Baca Juga: Negeri banyak sumbangan kekayaan, paling dianaktirikan