Tinggal kereta atas jambatan sebelum terjun. Seorang wanita bertindak meninggalkan kenderaan miliknya di atas jambatan Pulau Pinang sebelum dipercayai terjun ke dalam laut di Kilometer 2.8 arah Perai menghala ke Pulau petang Jumaat.
Memetik Astro Awani, Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 4.50 petang.
Beliau berkata, maklumat terima kemudian disalurkan kepada Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi, seterusnya mengatur gerak aset bot PERKASA 1221 ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian wanita berusia 47 tahun itu.
Katanya, Operasi CARILAMAT diaktifkan pada jam 5.30 petang itu turut membabitkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam serta Pasukan Polis Marin Batu Uban.
“Mangsa dikenali sebagai Kung Lai Im dipercayai dari Bukit Mertajam meninggalkan kenderaan disyaki miliknya, jenis Perodua Myvi di atas jambatan.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian atau kes kecemasan dan kemalangan di laut boleh menghubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.
Baca Juga: Doktor dedah maklumat pesakit HIV demi ‘content’
Baca Juga: Tiada air, punca kebakaran 6 buah rumah di Berek 12 Kota Bharu sukar dikawal, dakwa penduduk