Topi ikonik Michael Jackson terjual RM300,000

Topi yang pernah dipakai oleh penyanyi terkenal antarabangsa, mendiang Michael Jackson (MJ) sebelum beliau mempersembahkan tarian moonwalk khasnya untuk kali pertama, telah dijual dalam sebuah lelongan di bandar Paris baru-baru ini.

Harganya mencapai 77,640 euro, atau kira-kira RM386,100 dan dijual di rumah lelongan Hotel Drouot.

Ini adalah salah satu bahagian daripada lelongan yang melibatkan kira-kira 200 item memorabilia rock yang lain.

Walaupun begitu, gitar yang dimiliki oleh ahli legenda blues T-Bone Walker mendapat harga tertinggi dalam lelongan ini, dengan mencapai 129,400 euro, atau kira-kira RM643,530.

MJ menanggalkan topi fedora itu sambil mempersembahkan lagu popularnya Billie Jean ketika konsert Motown yang ditayangkan di televisyen pada 1983 iaitu ketika kemuncak kegemilangannya.

Beliau kemudian mempamerkan tarian moonwalk iaitu gerakan ke belakang kelihatan tanpa usaha sambil kelihatan berjalan ke hadapan yang sinonim dengannya.

Memorabilia muzik rock telah menjadi perniagaan yang besar dan popular di kalangan peminat muzik di seluruh dunia.

Penganjur bersama Lemon Auction telah membuat kejutan pada tahun lalu dengan menjual gitar yang telah dipecahkan oleh Noel Gallagher pada malam konsert kumpulan Oasis yang berpisah di bandar Paris ini.

Kejadian itu berlaku selepas sebuah pergaduhan dengan adiknya, Liam yang mengejutkan ramai peminat muzik rock.

Yang menariknya, alat muzik tersebut telah dijual dengan harga yang tinggi, iaitu sebanyak 385,500 euro, atau kira-kira RM1.9 juta.

Bulan ini, siri lelongan untuk barang-barang yang dimiliki oleh Freddie Mercury termasuk piano yang digunakan untuk menggubah lagu “Bohemian Rhapsody” telah menghasilkan sebanyak 46.5 juta euro, atau kira-kira RM231 juta, untuk rumah lelongan Sotheby’s.

Lelongan ini juga menarik pembida dari 76 negara yang berbeza.

Baca juga: Rezeki kaki pancing, ikan ‘gigi manusia’ tarik perhatian ramai..siap senyum tunjuk gigi lagi